nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Umur 6 tahun masuk Tahun 1 perlu lulus saringan

21 JAN : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan hanya kanak-kanak berusia 6 tahun yang melepasi saringan diagnostik dibenar mendaftar ke Tahun 1, tahun depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata ia susulan KPM tidak akan terburu-buru dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 termasuk pendaftaran secara sukarela ke Tahun 1 itu.

“Walaupun begitu, inisiatif ini tidak akan dilaksanakan secara terburu-buru. KPM memberikan pilihan kepada ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak yang bersedia mengikuti persekolahan peringkat rendah lebih awal.

“Kesediaan anak-anak merujuk kepada keputusan saringan diagnostik yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan RPM 2026-2035 yang mengariskan beberapa inisiatif baharu dalam sistem pendidikan negara merangkumi kemasukan murid berumur 6 tahun ke Tahun Satu, pengenalan semula penilaian standard menerusi Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat dan Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga serta penekanan terhadap subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata kemasukan ke sistem pendidikan lebih awal bukan perkara baharu sebaliknya ia sudah dilaksanakan di pelbagai negara.

“Antara prakarsa yang diumumkan Perdana Menteri sewaktu meluncurkan RPM 2026-2035 adalah pilihan kepada ibu bapa untuk mendaftarkan anak berusia 6 tahun (5+) masuk ke Tahun 1 secara sukarela.

“Inisiatif ini bukan baru. Ia telah dilaksanakan di banyak negara bagi membolehkan anak-anak menyertai sektor pekerjaan pada usia lebih muda sekaligus menangani isu yang terkait dengan negara menua,” katanya.

Selain itu, beliau juga menjelaskan struktur persekolahan bagi anak-anak yang memulakan persekolahan Tahun 1 pada umur 6 tahun tidak berubah.

“Struktur pendidikan rendah sedia ada adalah selama enam tahun.

“Seterusnya, pendidikan peringkat menengah selama lima tahun dan tamat peringkat menengah atas pada umur 16 tahun (15+),” katanya.

Dalam pada itu katanya, KPM sedang menambah kelas prasekolah di seluruh negara.

“Perancangan turut dilakukan untuk menyediakan bilik darjah tambahan dan prasarana lain secara bersasar. Keperluan tambahan guru juga sedang ditangani secara proaktif,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.