nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kuasa pengampunan bukan hadiah politik

2 FEB : Kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bukanlah hadiah politik mahu pun bentuk simpati peribadi.

Sebaliknya, ia mekanisme Perlembagaan yang sah dan berfungsi sebagai imbangan terakhir dalam sistem keadilan yang bersifat menghukum.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah demikian pada Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Kali Ke-120, hari ini.

“Pengampunan dan pengurangan hukuman ini juga bukan eksklusif kepada satu nama, satu parti atau satu kedudukan.

“Setiap tahun, ratusan banduan penjara daripada pelbagai latar belakang, termasuk kes jenayah berat dan ringan, menerima pengurangan atau pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu,” titah baginda yang disiarkan di Facebook Kesultanan Pahang, hari ini.

Selain itu, baginda bertitah kuasa pengampunan itu wajar dilihat dengan emosi dan jiwa yang tenang, bukannya dengan kepala dingin atau sentimen berlebihan.

Titah baginda, sebarang pengurangan hukuman tidak sesekali memadamkan sabitan mahkamah, menghapuskan rekod kesalahan atau membatalkan prinsip kedaulatan undang-undang yang menjadi asas pentadbiran negara.

Baginda turut menekankan keputusan berkenaan tidak dibuat secara unilateral, sebaliknya diputuskan melalui musyawarah Lembaga Pengampunan yang dianggotai wakil-wakil institusi utama negara atau negeri, sekali gus mencerminkan proses semak dan imbang yang berlapis.

Al-Sultan Abdullah bertitah dalam tradisi Raja Berperlembagaan, raja itu bukan alat sentimen awam dan bukan juga tunduk kepada tekanan politik, sebaliknya berperanan sebagai payung keadilan yang menenangkan ketika emosi memuncak serta mengimbangi keadaan apabila suara lantang cuba memonopoli kebenaran.

“Kuasa pengampunan tidak harus ditafsir sebagai kelemahan sistem, sebaliknya sebagai peringatan jelas bahawa negara ini tidak ditadbir berdasarkan emosi media sosial, tidak menghakimi melalui pentas politik dan tidak menggantikan perlembagaan dengan kemarahan awam,” titah baginda.

Baginda menzahirkan keyakinan Malaysia akan terus kekal sebagai negara yang berprinsip dan tegas serta mendoakan agar negara ini dan negeri Pahang khususnya sentiasa berada dalam rahmat Allah.

*FOTO : KESULTANAN PAHANG

Get real time updates directly on you device, subscribe now.