13 APR : Amerika Syarikat (AS) mula mengenakan sekatan bagi semua trafik maritim yang keluar dan masuk dari pelabuhan Iran, hari ini.
Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM) dalam kenyataan memaklumkan sekatan itu dikuatkuasakan secara saksama terhadap kapal dari semua negara yang memasuki atau meninggalkan pelabuhan Iran di Teluk serta Teluk Oman.
“Pasukan CENTCOM tidak akan menghalang kebebasan navigasi bagi kapal yang transit di Selat Hormuz menuju ke dan dari pelabuhan bukan milik Iran,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump sudah mengumumkan pelaksanaan sekatan itu.
Setakat jam 11.57 GMT, hanya sebuah kapal tangki berbendera Comoros dikesan berada di selat itu selain kapal membawa muatan bijirin berbendera Panama dan Kepulauan Marshall, menurut data RIA Novosti.
Semalam, Naib Presiden AS, JD Vance memaklumkan Iran dan AS gagal mencapai kata sepakat dalam rundingan yang dijalankan kelmarin di Islamabad.