16 APR : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) masih belum menerima laporan penuh berkait isu adegan teater didakwa tidak senonoh seperti yang tular di media sosial.
Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut dari Universiti Malaya (UM) berkait perkara itu.
“Saya ada nampak perkara itu di media sosial. Saya akan dapatkan maklumat terlebih dahulu daripada pihak Universiti Malaya,” katanya ringkas.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Perpustakaan Universiti Cyberjaya, hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial adegan tidak senonoh pada persembahan teater universiti tersebut.
Susulan itu, UM dalam kenyataan permohonan maaf memaklumkan adegan itu tidak mengikut skrip asal yang ditetapkan.