17 APR : Israel dan Lubnan mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata selama 10 hari berkuat kuasa jam 5 petang, semalam.
Perkara itu diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melalui hantaran di Truth Social.
Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan pegawai dari kedua-dua negara bertemu di Washington pada Khamis.
Selepas itu, Trump memaklumkan bakal menjemput Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Lubnan, Joseph Aoun, ke White House untuk berunding.
“Kedua-dua pihak mahu melihat keamanan, dan saya percaya perkara itu akan berlaku dengan pantas!” menurut Trump.
Menurut Trump, dia turut berbual dengan kedua-dua pemimpin itu melalui panggilan telefon.