nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Seleweng dana: 3 ahli IKRAM direhatkan serta-merta

22 APR : Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) merehatkan keahlian tiga individu yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait penyelewengan dana.

Presidennya, Badlishah Sham Baharin berkata pihaknya juga akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, IKRAM memandang serius perkara itu sambil menegaskan integriti serta amanah merupakan asas utama yang sentiasa menjadi keutamaan dalam seluruh gerak kerja organisasi.

“IKRAM mengambil maklum laporan berhubung penahanan SPRM terhadap tiga individu di Hulu Selangor yang disyaki terlibat dalam siasatan berkaitan pengurusan dana yang diterima.

“IKRAM menghormati sepenuhnya proses siasatan yang sedang dijalankan pihak SPRM dan akan terus memberikan kerjasama yang sewajarnya, selaras dengan keperluan undang-undang serta prinsip keadilan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, dilaporkan SPRM menahan tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang disyaki menyeleweng dana sekitar RM230 juta.

Media menyebut dua daripadanya adalah pengarah syarikat.

Siasatan turut mendapati timbalan pengerusi NGO tersebut memindahkan RM230 juta tersebut ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan peribadi.

Dalam pada itu, Badlishah berkata sebagai langkah pentadbiran dan tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak, individu terlibat sudah direhatkan serta-merta daripada semua jawatan dan tanggungjawab dalam organisasi.

“Langkah ini diambil bagi memastikan kelancaran serta ketelusan proses siasatan,” katanya.

Selain itu, Badlishah menjelaskan kes berkenaan melibatkan tindakan individu bukannya organisasi itu secara langsung.

Katanya, selaras perlembagaan IKRAM, jika didapati bersalah tindakan tatatertib akan diambil bagi memastikan integriti organisasi terus terpelihara.

“IKRAM akan terus menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan dan tidak akan membuat sebarang ulasan lanjut berhubung perkara ini.

“,Segala keputusan dan penjelasan adalah tertakluk kepada hasil siasatan pihak berkuasa.

“Semakan dalaman sedang dan akan diteruskan bagi memastikan penilaian yang menyeluruh,” katanya.

Tambahnya, IKRAM menghargai keprihatinan semua pihak dan memohon agar ruang diberikan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan sewajarnya.

Badlishah berkata IKRAM kekal berpegang bahawa amanah adalah tanggungjawab besar yang perlu dipelihara dengan penuh integriti dan akan terus diperkukuhkan.

Pagi tadi, timbalan pengerusi itu bersama seorang pengarah syarikat ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 27 April bagi membantu siasatan kes tersebut.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penyelewengan dana itu tidak membabitkan sumber dana daripada badan zakat, sebaliknya diseleweng daripada sumbangan yang diberikan pelbagai sumber kepada pertubuhan berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.