nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Krisis tenaga: Majikan swasta diseru benarkan kerja dari rumah

24 APR : Majikan bagi sektor swasta di negara ini diseru untuk mempertimbangkan waktu kerja fleksibel termasuk bekerja dari rumah (BDR) dalam usaha mengurangkan penggunaan bahan api.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu juga dapat meredakan tekanan kos selain mengekalkan produktiviti dan moral tenaga kerja.

“Dunia sedang berdepan dengan ketidaktentuan yang serius angkara konflik yang terus meruncing di Asia Barat sememangnya memberikan impak besar, bukan sahaja kepada kestabilan serantau, malah kepada ekonomi dan keselamatan global.

“Kesannya kepada negara nyata jika krisis ini tidak dileraikan dalam masa terdekat, negara akan terdedah kepada kesan ekonomi yang lebih sistemik, umpamanya kos logistik meningkat, tekanan harga terus memuncak dan gangguan kepada sektor pembuatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sempena Majlis Sambutan Hari HASiL ke-30 Tahun 2026, hari ini.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dalam keadaan yang mencabar ketika ini, tugas mengurus perbelanjaan dan hasil negara menjadi lebih kritikal berbanding sebelumnya.

Justeru itu katanya, tiada ruang untuk ketirisan boleh dibenarkan berlaku dan setiap ringgit mesti dibelanja secara berhemah.

Dalam pada itu katanya, sektor swasta tidak boleh terus selesa dengan cara lama dan sudah tiba masa untuk mempercepatkan peningkatan produktiviti, meningkatkan pelaburan dalam inovasi serta automasi, mencambah nilai tambah serta kemampanan.

“Kerajaan sudah menyediakan kerangka Ekonomi MADANI serta dasar yang jelas untuk mengangkat martabat dan harakat negara yang mana sektor swasta mesti memanfaatkan sepenuhnya ruang dan peluang yang dibuka oleh ikhtiar reformasi ini,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.