nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Harga diesel, RON95 naik 5 sen dan RON97 kekal

6 MEI : Harga diesel di Semenanjung dan RON95 naik 5 sen seliter bagi tempoh 7 Mei hingga 13 Mei 2026 namun tiada perubahan harga bagi RON97.

Menurut satu kenyataan, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan harga RON97 kekal RM4.90 seliter, RON95 tanpa subsidi RM4.02 seliter dan diesel RM5.17 seliter.

MoF mengumumkan perubahan harga itu berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) yang mengambil kira purata harga minggu terdahulu.

Dalam pada itu, Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu memelihara kestabilan bekalan negara susulan ketidaktentuan pasaran petroleum global yang masih berlarutan.

“Harga petroleum masih kekal tinggi, melebihi AS$100 setong, berikutan ketiadaan penyelesaian terhadap konflik di Asia Barat.

“Keadaan ini turut menjurus kepada kekangan bekalan minyak mentah dan produk petroleum global, yang semakin meruncing akibat kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di rantau tersebut,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Dalam kenyataan sama, MoF berkata Kerajaan MADANI akan terus mengekalkan harga produk petroleum bersubsidi secara bersasar.

Usaha ini bagi membantu memelihara kelangsungan hidup rakyat dan operasi sektor tertentu dalam keadaan pasaran global yang masih tidak menentu.

“Bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat dan keperluan perbelanjaan fiskal secara berhemat, Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin,” menurut kenyataan itu.

Harga RON95 di bawah program BUDI RON95 kekal RM1.99 seliter, sementara harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan RM2.15 seliter.

Bagi harga bahan api di bawah program Sistem Kawalan Petrol Bersubdisi (SKPS) RM2.05 seliter dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kekal RM2.15 seliter.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.