nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KKDW laksana langkah proaktif bantu ringan beban rakyat, usahawan

15 MEI : Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama agensi di bawahnya mengambil beberapa langkah proaktif bagi membantu meringankan beban rakyat serta usahawan di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata inisiatif itu selaras dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu rakyat dibantu dalam mendepani cabaran krisis bekalan global dan tekanan ekonomi semasa.

“Langkah yang dilaksanakan ini selaras dengan komitmen KKDW dalam memperkukuh Agenda Ekonomi Desa Nasional melalui pendekatan yang lebih menyeluruh, responsif dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat, pembangunan usahawan desa serta pengukuhan ekonomi luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurut Ahmad Zahdi yang juga Timbalan Perdana Menteri, kementeriannya turut merekodkan penjimatan sekurang-kurangnya RM250 juta bagi yang tidak melibatkan dana projek pembangunan luar bandar.

“Penjimatan ini diperoleh hasil daripada langkah pelarasan perbelanjaan dan penyusunan semula program secara lebih efisien.

“Hasil penjimatan tersebut akan dikembalikan kepada Kementerian Kewangan (MoF) bagi menyokong keperluan subsidi bahan api negara kepada rakyat,” katanya.

Dalam masa yang sama, katanya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersetuju menurunkan kadar sewaan sehingga 20 peratus melibatkan 7,135 lot premis perniagaan di seluruh negara bagi membantu mengurangkan beban usahawan dan peniaga.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) turut menawarkan diskaun sewaan sehingga 20 peratus melibatkan lebih 400 lot premis di bawah kendaliannya termasuk kadar minimum sewa serendah RM100 sebulan bagi membantu memperkukuh aliran tunai Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) juga katanya melaksanakan pengurangan kadar sewa premis perniagaan antara 10 hingga 20 peratus melibatkan 355 premis di bawah seliaan agensi tersebut bagi membantu usahawan mendepani tekanan ekonomi semasa.

“Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) pula bersetuju melaksanakan pengurangan kadar sewaan sebanyak 20 peratus melibatkan 552 unit premis perniagaan KETENGAH bagi membantu meringankan beban usahawan dan peniaga.

“Saya percaya langkah-langkah yang dilaksanakan ini akan membantu dalam memperkukuh daya tahan ekonomi rakyat dan usahawan desa dalam menghadapi cabaran semasa.

“KKDW akan terus komited memperluas inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat demi memastikan pembangunan ekonomi desa terus mampan, inklusif dan berdaya tahan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.