nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mesyuarat Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala Malaysia-Indonesia

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) ke-17 antara Malaysia dan Republik Indonesia di Jakarta, Indonesia pada 4 Jun 2026.

Beliau akan diiringi oleh para pegawai kanan kerajaan dari agensi berkaitan.

Mesyuarat JCBC akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar Negeri dan rakan sejawatnya dari Indonesia, Tuan Yang Terutama Sugiono.

Berlatarbelakangkan gangguan rantaian bekalan global yang semakin meruncing, JCBC ke-17 akan memberi tumpuan utama kepada pemerkasaan kerjasama ekonomi Malaysia dan Indonesia bagi memelihara daya tahan ekonomi kedua-dua negara.

Malaysia akan memimpin hala tuju perbincangan ke arah langkah konkrit yang membolehkan kedua-dua negara bekerjasama bagi memitigasi kejutan luaran yang menjejaskan aliran perdagangan, keterjaminan tenaga, bekalan makanan, serta bahan input penting industri.

Mesyuarat ini juga akan menyusuli keputusan yang dicapai oleh Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Republik Indonesia pada Rundingan Tahunan ke-13 yang diadakan di Jakarta pada 29 Julai 2025. Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) telah diadakan sebelum Mesyuarat Peringkat Menteri ini.

Sejajar dengan keutamaan yang diberikan kepada langkah dua hala bagi menangani gangguan rantaian bekalan global, agenda mesyuarat akan memberi penekanan khusus kepada pemudahcaraan perdagangan dan pelaburan, pengukuhan rangkaian bekalan rentas sempadan, kerjasama tenaga, dan keterjaminan makanan.

Antara bidang lain yang dijangka dibincangkan termasuk pembatasan sempadan maritim dan darat, lintas batas dan perdagangan rentas sempadan, kerjasama dalam industri halal; pertahanan dan keselamatan; pengurusan alam sekitar dan bencana; serta perkara-perkara lain yang berkepentingan bersama.

JCBC Ke-17 merupakan susulan kepada Rundingan Tahunan ke-13 antara Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Republik Indonesia yang telah diadakan di Jakarta pada 29 Julai 2025, dan akan menetapkan hala tuju bagi Rundingan Tahunan ke-14 yang akan dianjurkan oleh Malaysia pada tahun
ini.

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.