9 JUN : Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Mohd Hisyamuddin Ghazali dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) yang baharu, berkuat kuasa semalam.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan pelantikan itu melalui satu hantaran di Facebook.
Beliau berharap Mohd Hisyamuddin terus cemerlang dalam menjalankan amanah yang diberi.
“Tahniah kepada Mohd Hisyamuddin Ghazali atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah JKOM yang baharu berkuat kuasa pada 8 Jun 2026.
“Semoga terus cemerlang menggalas amanah demi memperkukuh komunikasi kerajaan yang berkesan dan diyakini rakyat,” katanya.
Dalam hantaran sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada bekas pengarah JKOM, Datuk Ismail Yusop atss khidmatnya sebelum ini.
“Terima kasih dan penghargaan kepada Datuk Ismail Yusop, mantan Ketua Pengarah JKOM atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.
“Semoga terus aktif dalam menyumbang kepada negara dalam apa jua kapasiti,” katanya.