nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Majlis Halal Malaysia-Indonesia mampu perkukuh ekosistem halal serantau

25 JUN : Malaysia dan Indonesia berpotensi memperkukuh kedudukan sebagai peneraju industri halal dunia menerusi cadangan penubuhan beberapa platform kerjasama strategik bagi menyelaraskan piawaian dan memperluas perdagangan halal di peringkat serantau serta global.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata antara cadangan yang dibincangkan ialah penubuhan Majlis Halal Malaysia-Indonesia (Malaysia-Indonesia Halal Council – MIHC), ASEAN Halal Council serta World Halal Development Council.

Menurut beliau, platform berkenaan mampu mengharmonikan piawaian halal, memperluas perdagangan dan pelaburan halal serta memperkukuh kerjasama antarabangsa pada masa hadapan.

“Saya turut menyentuh beberapa cadangan kerjasama yang berpotensi memperkukuh ekosistem halal serantau dan global, termasuk penubuhan Majlis Halal Malaysia-Indonesia (Malaysia-Indonesia Halal Council – MIHC), ASEAN Halal Council serta World Halal Development Council sebagai platform untuk mengharmonikan piawaian halal, memperluas perdagangan dan pelaburan halal serta memperkukuh kerjasama antarabangsa pada masa hadapan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Raden Datuk Mohammad Iman Hascarya Kusumo dan Ketua Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Indonesia, Ahmad Haikal Hassan di Bangunan Parlimen, hari ini.

Pengerusi Majlis Halal Negara itu berkata pertemuan itu turut menyentuh usaha memperkukuh kerjasama strategik Malaysia-Indonesia dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan industri halal, perdagangan, pembangunan luar bandar serta pembangunan modal insan.

Beliau berkata, hubungan erat yang sekian lama terjalin antara kedua-dua negara menjadi asas kukuh untuk memperluaskan kerjasama yang memberi manfaat kepada rakyat dan sektor ekonomi kedua-dua pihak.

” Saya percaya hubungan erat yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia akan terus menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih kukuh, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada kedua-dua negara serta menyumbang kepada pembangunan ekosistem halal serantau dan global. Insya-Allah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.