nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Norway batal lesen eksport, Malaysia tuntut RM1.06 bilion

26 JUN : Kerajaan Malaysia membuat tuntutan berjumlah EUR226.13 juta kira-kira RM1.06 bilion terhadap firma Konsberg Defence & Aerospace AS (KDA) susulan pembatalan lesen eksport Naval Strike Missile (NSM) oleh Kerajaan Norway.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata jumlah tersebut merangkumi tuntutan langsung sebanyak EUR129.86 juta iaitu bayaran yang sudah dibuat kerajaan dan tuntutan tidak langsung sebanyak EUR96.26 juta yang melibatkan implikasi kos serta kesan sampingan akibat kegagalan pembekalan sistem berkenaan.

“Kementerian sedang mengambil tindakan bagi melindungi kepentingan kerajaan.

“Pada 18 Mei 2026, kerajaan sudah mengemukakan Notice of Demand (NOD) kepada firma KDA melibatkan tuntutan berjumlah EUR226.13 juta,” menurutnya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang meminta menteri menyatakan berapa jumlah kos overrun yang mungkin terpaksa ditanggung kerajaan akibat pembatalan kontrak peluru berpandu dari Norway.

Mengulas lanjut, Khaled berkata jumlah sebenar kos tambahan atau overrun cost yang akan ditanggung kerajaan masih belum dapat dimuktamadkan kerana ia bergantung kepada kaedah penyelesaian yang akan dipersetujui serta pilihan penggantian sistem persenjataan yang sedang dinilai.

Menjawab soalan Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu), Khaled menegaskan kontrak perolehan dilaksanakan mengikut syarat yang dipersetujui dan Malaysia membuat bayaran kepada syarikat pembekal sebanyak RM634 juta iaitu kira-kira 95% daripada nilai kontrak yang ditetapkan.

“Walau bagaimanapun, penghantaran sistem tersebut tidak dapat diteruskan berikutan keputusan Kerajaan Norway membatalkan lesen eksport kepada syarikat pembekal.

“Keputusan itu merupakan tindakan unilateral Kerajaan Norway yang berada di luar kawalan Kerajaan Malaysia dan bukan berpunca daripada kegagalan Malaysia memenuhi obligasi kontrak,” katanya.

Jelasnya lagi, Kerajaan Malaysia juga sudah menyuarakan bantahan dan kekecewaan secara tegas melalui saluran diplomatik.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sudah membangkitkan perkara ini kepada rakan sejawatnya di Norway. Manakala, YB Menteri Pertahanan turut mengemukakan bantahan secara langsung kepada Menteri Pertahanan Norway, di samping menegaskan bahawa tindakan tersebut telah menjejaskan kepercayaan terhadap komitmen dan kredibiliti perjanjian antarabangsa semasa forum Shangri-La Dialogue 2026.

“Pada masa yang sama, kerajaan juga sedang menuntut pemulangan bayaran serta pampasan yang sewajarnya bagi melindungi kepentingan dan kedaulatan negara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.