nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia tidak akan berkecuali dalam isu hak asasi manusia

2 JUL: Malaysia tidak akan mengambil bersikap berkecuali dalam isu melibatkan hak asasi manusia dan kepentingan asas negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meski Malaysia mengamalkan dasar luar yang bebas dan menjalin hubungan baik dengan semua negara, namun negara tetap tegas dalam perkara yang melibatkan prinsip.

“Malaysia tidak boleh kekal neutral dalam perkara yang melibatkan hak asasi asas, seperti perjuangan Palestin, atau dalam usaha menangani Islamofobia.

“Begitu juga dalam kepentingan teras nasional kita, termasuk kedaulatan wilayah walaupun ia melibatkan rakan kongsi yang berkuasa seperti China dan Amerika Syarikat (AS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik (APR) ke-39, hari ini.

Menurut Anwar, dalam persaingan kuasa-kuasa besar dunia, Malaysia terus berpegang kepada prinsip dan memilih untuk tidak memihak kepada mana-mana blok demi kepentingan geopolitik pihak tertentu.

Malah katanya, sehingga kini Malaysia masih mengekalkan hubungan baik dengan China dan AS yang berseteru.

“Kita mengambil pendirian dan kedudukan yang berprinsip, bukannya memihak. Ini lebih mudah diperkatakan daripada dilaksanakan. Kita kadangkala diharapkan untuk mengambil pendirian tegas terhadap jiran kita, China. Tetapi kita telah katakan, tidak.

“Kita akan terus memupuk persahabatan. Malaysia masih mencatatkan AS sebagai destinasi pelaburan dan perdagangan nombor satu, namun pada masa yang sama, kita kekal agresif dan terlibat secara lebih berkesan dengan China sebagai jiran ekonomi yang semakin berkembang dan penting buat kita,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Malaysia sentiasa menyokong jalan damai dalam menyelesaikan pertikaian mengikut undang-undang antarabangsa dan menolak penggunaan kekerasan sama ada melalui tindakan ketenteraan atau ekonomi.

“Norma-norma seperti kebebasan pelayaran, menghormati kedaulatan, dan pematuhan kepada kerangka undang-undang yang telah ditetapkan adalah sangat penting untuk keselamatan serantau dan global,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.