nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Johor tidak pernah diabaikan, tegas PM

4 JUL : Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan Johor atau mana-mana negeri dalam agenda pembangunan negara.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Johor kini antara tumpuan utama pelaburan dan pertumbuhan ekonomi.

“Nak cerita tentang pembangunan, tuan-tuan dah banyak kali dengar. Nak tahu tentang Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), ada orang nak bahas, saya pun malas nak jawab.

“Tapi saya nak beritahu, kita tak pernah abaikan mana-mana negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jalinan Mesra PMX bersama Belia Johor sempena Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi Johor 2026, hari ini.

Tegas Anwar, untuk golongan belia, kerajaan mahu memastikan peluang pekerjaan untuk mereka yang menjamin pendapatan lebih tinggi.

“Apa yang penting (ialah) apa manfaat bagi belia. Peluang pekerjaan yang baru tak cukup, kita nak tentukan peluang pekerjaan itu dapat menjamin pendapatan yang lebih tinggi.

“Kalau graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pun 98 peratus dapat kerja dengan gaji RM2,000. Macam mana nak hidup di Johor Bahru? Saya tahu, gaji RM2,000 tak cukup,” katanya.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kejayaan pembangunan negara tidak wajar diukur melalui projek mega semata-mata,

“Bukan kerana pencakar langit, bukan kerana gedung besar atau jambatan panjang, tetapi bagaimana kita jamin keselesaan hidup rakyat dan pekerjaan anak muda,” katanya.

Beliau sempat berpesan Johor akan terus maju sekiranya memilih untuk memperkukuh perpaduan, menyuburkan budaya dialog yang matang serta menghormati perbezaan pandangan dengan penuh hikmah.

“Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan dan kepercayaan antara rakyat, kita mampu membina sebuah negara yang lebih bersatu, makmur dan disegani,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.