nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebih RM429 juta bagi perkasa kebajikan anggota penguat kuasa Johor

4 JUL : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperuntukkan lebih RM429 juta bagi tempoh 2023 hingga 2026 untuk memperkukuh kebajikan anggota serta meningkatkan keupayaan operasi agensi penguat kuasa di Johor.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata peruntukan itu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Penjara Malaysia sebagai usaha memastikan anggota dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap, selamat dan berkesan.

Menurut Saifuddin, menjaga kebajikan anggota bukan sekadar menyediakan kemudahan yang lebih baik, sebaliknya merupakan pelaburan bagi menjamin keselamatan rakyat dan negeri.

“Menjaga kebajikan anggota bukan sekadar menyediakan kemudahan yang lebih baik. Ia adalah pelaburan bagi memastikan mereka dapat melaksanakan amanah dengan lebih cekap, selamat dan berkesan demi menjamin keselamatan bangsa Johor.

“Apabila anggota penguat kuasa mempunyai tempat bertugas yang lebih kondusif, kuarters yang lebih selesa dan kemudahan operasi yang lebih moden, rakyat turut menikmati manfaatnya melalui penyampaian perkhidmatan yang lebih baik serta persekitaran yang lebih aman dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Saifuddin berkata Kerajaan MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata Johor sendiri menikmati peningkatan peruntukan pembangunan dan pengurusan kepada kira-kira RM14.6 bilion berbanding RM10.2 bilion sebelum ini.

Katanya, KDN akan terus memastikan setiap peruntukan yang diamanahkan dimanfaatkan sebaiknya agar kebajikan anggota sentiasa terpelihara, sekali gus memperkukuh keselamatan bangsa Johor dan kesejahteraan rakyat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.