nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengecualian cukai Yayasan Pendidikan TARC, kerajaan tidak mungkir janji

6 JUL : Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan dakwaan kononnya kerajaan memungkiri janji berhubung pengecualian cukai Yayasan Pendidikan TARC adalah tidak benar.
Menurut MoF dalam satu kenyataan, isu tersebut tidak seharusnya diputarbelitkan.

“Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelulusan pengecualian cukai bagi institusi, organisasi atau tabung kebajikan yang layak boleh diberikan untuk tempoh maksimum sepuluh tahun di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 mulai 27 November 2025.
“Namun, kelulusan tersebut bukan secara automatik. la tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang percukaian.

“Kerajaan menghargai dan mengiktiraf peranan TARC Education Foundation atau Yayasan Pendidikan TARC dalam menyediakan pendidikan tinggi swasta yang berkualiti dan mampu milik kepada rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, menurut MoF, bagi permohonan Yayasan Pendidikan TARC untuk melanjutkan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) selepas kelulusan sedia ada tamat pada tahun 2025, semakan mendapati terdapat beberapa syarat yang masih belum dipenuhi sepenuhnya.

Ini termasuk pengukuhan tadbir urus dan pengurusan derma yang perlu diperbaiki Yayasan Pendidikan TARC, menurut kementerian itu lagi.

“Mengambil kira peranan penting Yayasan Pendidikan TARC dalam sektor pendidikan, kerajaan telah mengambil pendekatan berhemah dengan memberi lanjutan pengecualian cukai sementara secara interim selama tiga tahun.

“Tempoh lanjutan ini memastikan kedudukan pengecualian cukai Yayasan Pendidikan TARC kekal sementara tindakan pematuhan syarat dimuktamadkan,” menurut MoF lagi.

Dalam pada itu, MoF menyatakan kesediaan untuk membantu memudahcara Yayasan Pendidikan TARC dalam usaha penambahbaikannya.

“Sekiranya semua syarat dipenuhi, Yayasan Pendidikan TARC layak untuk mendapat kelulusan pengecualian cukai bagi tempoh penuh sepuluh tahun, selaras dengan pengumuman kerajaan.

“Justeru, isu ini tidak seharusnya diputarbelitkan. Kerajaan kekal komited terhadap sokongan kepada pendidikan, termasuk peranan Yayasan Pendidikan TARC, namun semua kelulusan cukai mesti dibuat mengikut undang-undang, syarat pematuhan dan prinsip tatakelola yang baik,” menurut kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.