nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPT: Pelajar Antarabangsa Tidak Jejas Peluang Pelajar Tempatan

6 JUL : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan kemasukan pelajar antarabangsa ke universiti awam tidak menjejaskan peluang pelajar tempatan melanjutkan pengajian.

KPT dalam kenyataan menegsakan dakwaan yang mengatakan sebaliknya adalah tidak berasas dan mengelirukan.

Menurut KPT, sistem kemasukan universiti awam membezakan program prasiswazah dan pascasiswazah yang mempunyai objektif serta mekanisme kemasukan berbeza.

Kementerian itu menjelaskan bagi program prasiswazah, pelajar tempatan kekal diberi keutamaan manakala kemasukan pelajar antarabangsa dibuat berdasarkan prinsip ‘over and above’, iaitu hanya selepas kuota arus perdana melalui UPUOnline dipenuhi.

Data MyMoheS sehingga 31 Disember 2025 menunjukkan daripada 520,105 pelajar prasiswazah di universiti awam, seramai 502,212 orang atau 96.56 peratus merupakan pelajar Malaysia, manakala pelajar antarabangsa hanya 17,893 orang atau 3.44 peratus.

KPT berkata, majoriti pelajar antarabangsa sebenarnya mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah, iaitu 38,672 orang atau 33.74 peratus daripada keseluruhan enrolmen pascasiswazah, sekali gus tidak bersaing dengan lepasan SPM, STPM, matrikulasi atau diploma yang memohon ke program prasiswazah.

Malah, di lima Universiti Penyelidikan (RU), daripada 41,097 pelajar antarabangsa yang berdaftar, seramai 28,135 orang atau 68.5 peratus merupakan pelajar pascasiswazah, manakala hanya 12,962 orang mengikuti program prasiswazah menerusi laluan terbuka ‘over and above’ selepas kuota pelajar tempatan dipenuhi.

Sehubungan itu, KPT menegaskan dakwaan bahawa pelajar antarabangsa merampas tempat pelajar tempatan adalah tidak tepat kerana ia menggabungkan statistik prasiswazah dan pascasiswazah yang mempunyai tujuan serta kaedah kemasukan berbeza.

Kementerian turut memberi jaminan kepentingan, kebajikan dan akses pendidikan pelajar tempatan akan terus menjadi keutamaan, manakala agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi diteruskan tanpa menjejaskan hak dan peluang pelajar Malaysia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.