11 JUL : Barisan Nasional (BN) kembali mentadbir Johor selepas menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, hari ini.
Setakat jam 11.30 malam, gabungan itu memenangi 45 kerusi daripada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Angka itu melebihi kerusi yang dimenangi pada PRN lalu, iaitu 40 kerusi.
Pakatan Harapan (PH) ketika ini menang enam kerusi daripada 56 kerusi ditandinginya.
Sementara Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing gagal memenangi walau satu kerusi.
Sebelum ini, keriuhan di Bilik Gerakan Utama BN dilaporkan selepas kemenangan demi kemenangan diumumkan dan semakin memuncak selepas melepasi majoriti mudah iaitu 29 kerusi.
Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazai menang bergaya di DUN Machap dengan majoriti 15,375 selepas mendapat 20,382 undi,
Sementara lawannya daripada PH, Nur Hafiz Roslan hanya mendapat 5,007 undi.
Sementara itu, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang membuat penampilan semula selepas tidak bertanding sebelum ini secara rasminya menang DUN Pasir Raja dengan majoriti 12,446 dan menerima 15,931 undi.