nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PH tarik sokongan di Melaka, bantah RUU ADUN lantikan

14 JUL : Pakatan Harapan (PH) Melaka hari ini mengumumkan penarikan balik sokongan terhadap kerajaan negeri, sekali gus menyaksikan gabungan itu kini berperanan sebagai pembangkang.

Keputusan itu diumumkan Pengerusinya, Khoo Poay Tiong susulan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 bagi memperkenalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan.

Empat wakil PH iaitu empat ADUN DAP dan seorang ADUN Amanah melepaskan kesemua jawatan dalam kerajaan negeri termasuk Exco, Timbalan Exco, Timbalan Speaker serta lantikan berkaitan pentadbiran negeri.

Menurut Poay Tiong, PH tidak boleh terus berada dalam kerajaan selepas menolak usul yang bercanggah dengan prinsip politik dipegang gabungan tersebut.

“Kita telah mengambil pendirian yang jelas menolak RUU ini kerana ia bercanggah dengan prinsip demokrasi pilihan raya. Oleh itu, kita perlu keluar daripada Kerajaan Negeri Melaka.

“Kita tidak boleh pada masa menolak usul kerajaan dalam masa yang sama terus berada dalam kerajaan dan menggunakan segala kemudahan kerajaan. Itu tidak adil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Mengulas lanjut, Poay Tiong berkata penarikan sokongan itu bukan disebabkan perkembangan politik semasa atau berkait Pilihan Raya Negeri (PRN) namun ia merupakan pendirian PH terhadap isu ADUN lantikan.

Tegasnya, DAP dan PH tetap berpegang pada mana-mana  ADUN perlulah dipilih rakyat melalui pilihan raya dan bukannya secara lantikan.

“Sekiranya kerajaan negeri memerlukan kepakaran daripada golongan profesional atau pakar dalam sesuatu bidang, mereka boleh dilantik sebagai penasihat tanpa perlu diberikan kedudukan sebagai ADUN.

“Apabila seseorang dilantik sebagai ADUN, mereka mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengundi di Dewan Undangan Negeri. Itu yang bercanggah dengan prinsip demokrasi pilihan raya yang kita pegang,” katanya.

Empat ADUN DAP tersebut ialah Allex Seah Shoo Chin (Kesidang), Leng Chau Yen (Bandar Hilir), Low Chee Leong (Kota Laksamana) dan Kerk Chee Yee (Ayer Keroh) dan ADUN Amanah, Adly Zahari (Bukit Katil).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.