nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC tumpaskan sindiket hantar SMS penipuan

29 JUL : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menumpaskan satu lagi sindiket yang menggunakan Stesen Pangkalan Palsu (Fake BTS) untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengandungi pautan berunsur penipuan secara haram kepada orang ramai.

Melalui satu kenyataan, MCMC berkata pihaknya akan terus memperhebat operasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membanteras penyalahgunaan spektrum frekuensi radio dan infrastruktur telekomunikasi untuk tujuan penipuan dan jenayah.

Dalam operasi di sekitar Johor Bahru, Jumaat lalu, MCMC memaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun dikesan memandu sebuah kenderaan yang dilengkapi kelengkapan Fake BTS memancarkan isyarat Radio Frekuensi (RF) yang menyamar sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk menghantar SMS penipuan mengandungi pautan sesawang bagi memperdaya mangsa.

“Siasatan awal mendapati, sindiket ini dipercayai menyasarkan kawasan tumpuan awam terutama pada waktu puncak bagi memaksimumkan penghantaran SMS penipuan,” menurut kenyataan itu.

Fake BTS ialah peralatan komunikasi tidak standard yang meniru isyarat rangkaian mudah alih bagi membolehkan penghantaran SMS ke telefon pengguna tanpa melalui rangkaian rasmi penyedia perkhidmatan telekomunikasi, sekali gus menjadikan mesej penipuan atau penyamaran kelihatan seakan-akan mesej sebenar daripada penghantar.

Setakat pertengahan 2026, MCMC memaklumkan sudah melaksanakan lima operasi khas membanteras kegiatan Fake BTS melibatkan dua operasi di Johor dan tiga operasi di Genting Highlands.

Selain itu, sebanyak empat unit modul GSM yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut turut dirampas dan merakam percakapan empat individu bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 239(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta Peraturan 16(1)(b), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan di bawah Seksyen 239.

Manakala kesalahan di bawah Peraturan 16 memperuntukkan denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

MCMC berkata pihaknya akan terus memperkukuh usaha melindungi pengguna daripada sindiket penipuan digital di negara ini.

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak menekan sebarang pautan SMS yang mencurigakan dan tidak berkongsi maklumat perbankan atau maklumat peribadi tanpa membuat semakan melalui saluran rasmi.

Selain itu, orang ramai juga diingatkan segera melaporkan sebarang SMS yang mencurigakan kepada pihak berkuasa atau penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Foto : MCMC

Get real time updates directly on you device, subscribe now.