nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dadah: Juruterbang ditahan di Indonesia mungkin diektradisi

18 OGOS : Kerajaan belum memutuskan untuk mengekstradisi pembantu juruterbang warga Malaysia yang ditahan di Indonesia kerana disyaki menyeludup 25 kilogram dadah pada Julai lalu.

Namun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan keputusan lanjut terhadap kes tersebut hanya akan dibuat selepas siasatan selesai.

“Saya cenderung untuk mengatakan bahawa biar bahagian narkotik menyempurnakan dahulu siasatan sebelum menentukan hala tuju ke depan, termasuk sama ada kita mahu membawa dia pulang dan sebagainya.

“Hakikat bahawa dia ditahan di sana, tentunya dia tertakluk kepada undang-undang negara tempat dia ditahan. Negara itu juga mempunyai undang-undangnya sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Kompleks Setia Perkasa, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata pihaknya menerima taklimat berkala daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan selain pasukan narkotik Malaysia turut menemu bual suspek di Indonesia.

Jelasnya, keutamaan pihaknya ketika ini adalah mendapatkan maklumat sebanyak mungkin bagi mengenal pasti corak kegiatan terbabit.

“Buat masa ini, pada kita adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada subjek supaya kita mengetahui coraknya, sama ada ia sebahagian daripada elemen jenayah terancang ataupun tindakan persendirian.

“Kita perlu mengesahkan semua fakta itu terlebih dahulu sebelum menentukan hala tuju seterusnya,” katanya.

Pada 29 Julai lalu, seorang pembantu juruterbang Malaysia Airlines, 39 ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sekitar jam 11.30 malam.

Pemeriksaan pada bagasi dibawa lelaki tersebut membawa kepada penemuan 14 bungkusan mengandungi 70,114 pil ekstasi seberat kira-kira 25 kg dan empat gram syabu dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM45 juta.

Menurut polis Indonesia, suspek mendakwa dijanjikan bayaran RM50,000 untuk membawa dadah itu ke Jakarta sebelum ia diambil individu lain di sebuah hotel.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.