28 OGOS : Kementerian Luar Nepal menubuhkan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) bagi menyelaras usaha melibatkan warga asing terjejas atau hilang susulan banjir besar melanda
Pasukan itu akan mengesahkan maklumat, menyokong operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta membantu urusan konsular juga mengumpulkan maklumat mengenai warga asing terjejas.
ERT akan bekerjasama dengan agensi berkaitan dan berkongsi perkembangan yang disahkan dengan keluarga serta perwakilan diplomatik.
Kementerian Luar Nepal menggesa pihak berkaitan melaporkan maklumat mengenai warga asing terjejas atau hilang.
Laporan boleh dibuat melalui talian +977-9744441227 atau +977-9744441228 (telefon/WhatsApp). Maklumat juga boleh dihantar menerusi e-mel emergency@mofa.gov.np.
Sementara itu, pihak berkuasa tempatan mengesahkan bencana itu meragut 475 nyawa setakat Khamis dan lebih 800 orang lagi masih belum ditemui termasuk ratusan pelancong asing.
Dalam pada itu, bilik mayat dilaporkan semakin penuh apabila kapasiti bilik mayat di beberapa daerah terlalu penuh.
Polis sudah mula mengenal pasti mangsa dengan mengambil gambar, cap jari dan sampel DNA dan gambar mangsa yang masih boleh dikenal pasti turut disebarkan kepada orang ramai.