nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Selepas 7 hari, angka korban banjir Nepal cecah 1,003 orang

1 SEPT : Angka korban akibat banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan sempadan Nepal-China kini dilapor sudah mencecah 1,003 orang.

Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMA) Nepal memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat mengesahkan 84 lagi kematian selepas seminggu kejadian itu, menjadikan jumlah korban di Nepal kepada 987 orang.

Sementara itu, sebanyak 3,916 individu termasuk 583 warga asing masih dilaporkan hilang.

Daripada jumlah itu, 639 kakitangan yang bertugas di stesen jana kuasa hidroelektrik turut dilaporkan hilang.

Di China pula, pihak berkuasa mengesahkan 16 kematian, manakala 546 individu termasuk 261 warga asing masih belum ditemui.

Data kedua-dua negara itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang masih hilang kira-kira 4,462 orang, termasuk 844 warga asing.

Bencana berlaku pada 26 Ogos selepas glasier di Gunung Langtang Lirung, Nepal, pecah pada ketinggian kira-kira 5,200 meter, mencetuskan runtuhan ais dan batuan sebelum bertukar menjadi aliran puing besar di sepanjang kawasan sempadan.

Aliran air deras serta tanah runtuh berlumpur memusnahkan beberapa kawasan di Nepal termasuk Rasuwa, Nuwakot, Dhading, Kavre dan Lembah Kathmandu.

Bencana turut menimbus lintasan sempadan Gyirong di Tibet, China, yang menghubungkan kawasan berkenaan dengan Nepal.

Susulan peningkatan jumlah mayat ditemukan, Nepal memohon bantuan berupa unit penyejuk beku, kit ujian DNA, teknologi penderiaan jauh serta dron bagi membantu pemetaan kawasan terjejas.

China, Korea Selatan dan India turut menghantar pasukan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.