nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM teliti cadangan awalkan PRU16

4 SEPT : Cadangan supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal akan dipertimbangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan ketika ini masih memberi tumpuan kepada usaha memulihkan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Menurut Anwar, kerajaan Persekutuan kekal stabil dan masih mempunyai mandat untuk meneruskan pentadbiran serta mengurus negara dengan sebaiknya.

“Saya sendiri pun hadapi beberapa tekanan, cadangan tetapi saya ambil keputusan sebagaimana yang saya sampaikan kepada mesyuarat jemaah menteri pada Rabu.

“Kita dapat mandat mentadbir, mengurus dengan baik, bersihkan negara daripada amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah, Ampang Jaya, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan PRU16 wajar diadakan lebih awal bagi mendapatkan semula mandat rakyat untuk mentadbir kerajaan Persekutuan.

Penggal Parlimen ke-15 dijadual berakhir sekitar Disember 2027 dan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan atau terbubar menjadikan Februari 2028 antara tempoh akhir PRU16 sekiranya Parlimen berjalan hingga tamat penggal.

Dalam pada itu, Anwar berkata usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa perlu dilihat sebagai agenda kepentingan negara yang bukan untuk membela mana-mana kaum atau kelompok tertentu.

“Masyarakat Melayu, Cina, India, dari Sabah atau Sarawak, ini bukan soal kaum, ini soal selamatkan negara. Bukan nak selamatkan kedudukan, bukan selamatkan kumpulan.

“Walaupun saya hadapi risiko atau tekanan, insya-Allah saya minta rakyat doa, kita dapat teruskan dan bersihkan negara ini,” katanya.

*Foto : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.