nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

OKS tidak lagi perlu pakai baju oren ketika dibawa ke mahkamah

4 SEPT : Orang Kena Siasat (OKS) tidak lagi perlu memakai baju oren ketika dibawa ke mahkamah bagi tujuan permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata OKS kini dibenarkan memakai pakaian biasa ketika dibawa ke mahkamah.

Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan perkembangan terkini dan saranan semasa berkaitan tatacara pengendalian OKS, khususnya ketika proses membawa mereka ke mahkamah.

“OKS dibenarkan memakai pakaian biasa ketika dibawa ke mahkamah manakala pemakaian baju lokap hanya terpakai sepanjang tempoh OKS berada dalam tahanan di lokap,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, mengenai pemakaian gari, Abd Halim berkata perkara itu bergantung kepada keadaan tertentu dengan pengecualian diberikan kepada OKS terdiri daripada golongan uzur, Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas.

Bagaimanapun, beliau berkata SPRM akan terus mengambil langkah berjaga-jaga serta memastikan kawalan keselamatan dilaksanakan dengan sewajarnya dalam setiap proses pengendalian OKS.

“SPRM kekal komited bagi memastikan setiap tindakan yang diambil dalam pengendalian OKS dilaksanakan secara profesional, berintegriti, berhemah dan selaras dengan peruntukan undang-undang serta prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebelum sebarang pendakwaan, mana-mana individu ditahan SPRM tidak perlu memakai baju oren tersebut.

Selain itu katanya, mereka yang memberi kerjasama dalam siasatan juga tidak wajar mengenakan baju tersebut memandangka ia memberi persepsi berbeza.

“Semalam saya juga sampaikan (beritahu), sebelum pendakwaan atau sebelum dihadapkan dan didakwa, baju jingga tidak perlu.

“Setakat ini saya menghormati pandangan kerana ada orang yang rasanya bagi kerjasama dalam siasatan, tidak perlulah dikenakan (dipakaikan) baju jingga kerana ia akan memberi persepsi berbeza,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah, Ampang Jaya, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.