nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Misi pelayaran baharu ke Gaza dilancar

5 SEPT : Freedom Flotilla Coalition (FFC) melancarkan misi maritim antarabangsa baharu menuju ke Gaza dengan kapal-kapalnya dijadual singgah di beberapa pelabuhan Eropah sebelum meneruskan pelayaran pada Oktober.

Gabungan itu berkata misi berkenaan bertujuan mencabar sekatan Israel terhadap Gaza serta meningkatkan tekanan awam di Eropah.

“Kami belayar sekali lagi kerana Israel masih belum menghentikan genosidnya dan Palestin masih belum bebas,” menurut gabungan itu.

Pelayaran sudah bermula apabila kapal Handala II singgah di beberapa pelabuhan di Norway, Sweden dan Denmark pada Jun dan Julai, manakala kapal Kate berlepas dari Bristol, Britain pada Ogos sebelum meneruskan perjalanan ke Ireland, Jerman dan Perancis.

Kapal berkenaan dijangka singgah di Sepanyol, Portugal dan Itali sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza, dengan FFC menyasarkan ketibaan pada Oktober.

Misi itu disertai pembela hak asasi manusia, aktivis kesatuan sekerja, wakil rakyat, wartawan, profesional perubatan serta penyokong hak rakyat Palestin.

Menurut ahli jawatankuasa pemandu gabungan itu Zohar Chamberlain Regev, FFC belayar lagi kerana kerajaan mereka terus gagal menunaikan kewajipan mereka.

“Di setiap pelabuhan, kami akan membawa tuntutan supaya rakyat Palestin bebas untuk hidup dengan bermaruah.

“Pada Oktober, kami berhasrat membawa tuntutan itu serta solidariti masyarakat di seluruh dunia ke pesisir Gaza,” katanya.

FFC turut menggesa kerajaan memastikan laluan selamat bagi flotila itu, selain menuntut akses tanpa sekatan ke Gaza serta penghantaran makanan, air, ubat-ubatan dan bekalan asas.

Gabungan itu mendakwa ratusan peserta flotila terdahulu pada musim bunga 2026 ditahan tentera Israel dan mendakwa sebahagian daripada mereka mengalami penderaan ketika dalam tahanan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.