nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bukan semua yang tular itu benar, anak muda diingatkan

24 SEPT : Anak muda hari ini perlu lebih bijak menilai maklumat dan tidak mudah mempercayai sesuatu hanya kerana ia tular di media sosial.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata lambakan maklumat dan pelbagai dakwaan yang diterima setiap hari menuntut golongan muda agar tidak hanya pantas mendapatkan maklumat tetapi juga pentas dalam meneliti kesahihan fakta.

“Isunya, tidak semua yang sampai kepada kita itu benar. Tidak semua yang tular itu berasaskan fakta dan tidak semua yang diulang berkali-kali boleh dianggap sebagai kebenaran.

“Sebab itu anak muda hari ini bukan sahaja perlu pantas mendapatkan maklumat. Anak muda mesti pandai menilai maklumat. Jangan cepat percaya hanya kerana sesuatu perkara itu tular.

“Jangan cepat membuat kesimpulan hanya kerana kita mendengar satu sisi cerita dan jangan pula menolak sesuatu pandangan hanya kerana ia datang daripada orang yang berbeza pandangan dengan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pertandingan Debat Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2026, hari ini.

Ab Rauf berkata semakin banyak maklumat diterima, semakin besar tanggungjawab anak muda untuk membuat pertimbangan sendiri berdasarkan fakta.

“Semakin banyak maklumat yang kita terima, semakin besar tanggungjawab kita untuk berfikir. Jangan biarkan orang lain menentukan apa yang saudara dan saudari perlu fikir.

“Saudara dan saudari dengarlah semua pandangan. Nilailah sendiri faktanya. Fahamilah sendiri persoalannya dan kemudian, buatlah pertimbangan sendiri dengan matang,” katanya.

Mengulas soal acara itu, Ab Rauf berkata gelanggang debat menjadi satu lagi ruang untuk membentuk generasi yang bukan sahaja mempunyai ilmu, tetapi tahu berfikir dan menyampaikan pandangan dengan matang.

“Kerana bagi saya, pendidikan anak muda tidak boleh berhenti di dalam bilik kuliah. Anak-anak muda perlu diberi ruang untuk mencuba, diberi peluang untuk bertanya. Diberi keberanian untuk berhujah dan diberi pengalaman untuk memimpin kerana daripada ruang-ruang seperti inilah kita mengenal potensi sebenar seseorang anak muda,” katanya.

Beliau turut mengingatkan peserta agar tidak memusuhi pihak yang mempunyai pandangan berbeza.

“Kadang-kadang pandangan yang berbeza itulah yang memaksa kita membaca lebih banyak. Berfikir lebih dalam.

“Mencari fakta yang lebih kukuh dan akhirnya memperbaiki kelemahan hujah kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata budaya berbeza pandangan secara matang perlu dibawa keluar dari gelanggang debat dalam kehidupan bermasyarakat.

“Berbeza pandangan tidak mengapa, yang penting jangan hilang adab, jangan hilang fakta, dan jangan hilang rasa hormat sesama manusia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.