nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar hargai peranan Pakistan usaha rundingan damai AS-Iran

1 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan terhadap peranan Pakistan dalam mengusahakan rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Beliau menegaskan ruang dialog dan diplomasi perlu terus diperkukuh bagi meredakan ketegangan serta membuka jalan kepada keamanan yang berkekalan.

Perkara itu disampaikan Anwar dalam perbualan telefon bersama Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, hari ini bagi bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau serta hubungan Malaysia-Pakistan.

“Saya merakamkan penghargaan atas peranan Pakistan dalam mengusahakan rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran, serta menegaskan bahawa ruang dialog dan diplomasi mesti terus diperkukuh bagi meredakan ketegangan dan membuka jalan kepada keamanan yang berkekalan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam perbualan itu, Anwar turut menyampaikan harapan agar kunjungan Ketua Tentera Pakistan, Field Marshal Asim Munir ke Malaysia dapat direalisasikan selepas beberapa kali tertangguh.

Katanya, beliau mengalu-alukan kedatangan Asim pada bila-bila masa yang bersesuaian tanpa perlu terikat dengan aturan protokol rasmi.

Anwar dan Shehbaz turut membincangkan urusan eksport daging yang akan terus disusuli pasukan kedua-dua negara bagi membuka ruang kerjasama lebih luas.

Dalam pada itu, Anwar menghargai ingatan dan ucapan takziah Shehbaz atas pemergian abangnya, Allahyarham Idrus Ibrahim.

Beliau turut memaklumkan Shehbaz menitipkan salam takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas pemergian isterinya, Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

“Persahabatan Malaysia dan Pakistan harus terus diterjemahkan kepada ikhtiar yang membawa manfaat nyata buat rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.