3 OKT: Ketika ura-ura Bersatu akan menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, calon yang mewakili parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Undang bertindak meninggalkan parti.
Dr Aleef Yusof yang sebelum ini diberitakan akan kekal dengan Bersatu memaklumkan memilih menyertai Parti Wawasan Negara (Warisan).
“Alhamdulillah. Saya kini ahli Parti Wawasan Negara,” katanya ringkas di Facebook.
Pada PRN lalu, Dr Aleef memenangi kerusi tersebut dalam pertembungan empat penjuru dengan majoriti 530 undi.
Beliau menentang calon Barisan Nasional (BN), PH dan Bebas.
Sebelum ini, Dr Mohd Yadzil Yaakub yang memenangi kerusi DUN Bemban menyertai Wawasan selepas dipecat Bersatu.
DUN Melaka dibubarkan secara rasmi pada 23 September lalu bagi memberi laluan kepada PRN yang bakal ditetapkan tarikhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, Rabu depan.