nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes Shuhaily: AGC mahu ketulenan CCTV disahkan

8 OKT : Kertas siasatan berhubung insiden membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dipulangkan semula kepada polis, hari ini.

Ia selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mendapati masih ada perkara yang perlu disiasat dan dilengkapkan sebelum keputusan lanjut boleh dibuat.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, antara perkara utama yang perlu diteliti semula ialah ketulenan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta beberapa perkara berkaitan kes itu.

“Setelah penelitian dibuat terhadap kertas siasatan terbabit, ada beberapa aspek yang memerlukan siasatan lanjut dibuat bagi melengkapkan siasatan.

“Kertas siasatan akan dipulangkan semula hari ini, kepada pihak PDRM bagi tujuan berkenaan.

“Antaranya untuk mengesahkan ketulenan rakaman CCTV serta beberapa perkara relevan bagi melengkapkan siasatan kes,” katanya, lapor Harian Metro.

Insiden itu mencetuskan perhatian selepas video Mohd Shuhaily berkasar dengan dua individu di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu tular.

Insiden itu berlaku pada 28 September ketika Mohd Shuhaily bersama pasukannya melakukan tinjauan kesiapsiagaan operasi AKPS di KLIA menjelang ketibaan delegasi dan kru Formula 1 Bahrain Grand Prix 2026.

Dalam tinjauan berkenaan, AKPS bersama pasukan Aviation Security (AVSEC) turut menjalankan operasi terhadap sindiket ‘ulat’ warga asing dan menahan seorang individu untuk pemeriksaan lanjut.

Ketika pemeriksaan itu, dua individu yang tidak terbabit dalam pasukan operasi dilaporkan merakam kejadian dan diarahkan memadamkan rakaman.

Video yang kemudian tular pula disahkan sebagai rakaman sebenar daripada sistem CCTV KLIA, tetapi menurut AKPS, klip itu bukan daripada sumber asal kerana ia dipercayai dirakam semula menggunakan peranti lain sebelum disebarkan.

Dalam perkembangan siasatan, polis sudah mengambil keterangan daripada 25 saksi, selain mendapatkan rakaman CCTV dan laporan perubatan bagi membantu melengkapkan siasatan.

Kes itu disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, berkaitan kesalahan dengan sengaja menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada orang lain.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.