nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-China perkukuh risikan, sasar sindiket dadah dan penipuan siber

14 OKT : Malaysia dan China bersetuju memperkukuh perkongsian risikan serta kerjasama penguatkuasaan bagi membanteras jenayah rentas sempadan, khususnya pengedaran dadah dan penipuan siber.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, persetujuan itu dicapai dalam pertemuan dua hala bersama Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong di Beijing.

Menurutnya, Malaysia turut mencadangkan penubuhan Kumpulan Kerja Bersama (Joint Working Group) antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pihak berkuasa penguatkuasaan dadah China yang menerima maklum balas positif.

Ahmad Zahid berkata, kerjasama berkenaan penting bagi meningkatkan keupayaan agensi penguatkuasaan dalam menghadapi ancaman jenayah yang semakin kompleks dan merentasi sempadan negara.

“Alhamdulillah, antara hasil utama pertemuan ini ialah persetujuan untuk mempertingkat perkongsian risikan, memperkukuh keupayaan agensi penguatkuasaan serta memperluas kerjasama membanteras jenayah rentas sempadan, khususnya dalam isu pengedaran dadah dan penipuan siber.

“Kerjasama kedua-dua negara sebelum ini juga telah membuahkan hasil, termasuk kejayaan rampasan lebih 1.03 tan fentanyl citrate menerusi Operasi Black Ash dan Blackwood pada Ogos 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook selepas pertemuan tersebut.

Katanya, sindiket jenayah kini semakin licik, bergerak pantas dan memanfaatkan teknologi baharu, sekali gus menuntut kerjasama antarabangsa yang lebih erat.

“Justeru, kerjasama antarabangsa perlu terus diperkukuh agar tindakan penguatkuasaan sentiasa selangkah di hadapan ancaman.

“Bagi Malaysia, keutamaan kita jelas iaitu melindungi keselamatan rakyat, membanteras sindiket jenayah dengan lebih berkesan serta memastikan setiap kerjasama dengan negara luar sentiasa berteraskan penghormatan terhadap kedaulatan dan kepentingan negara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.