nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MINDEF tidak lindungi anggota terbabit dadah, sedia serah kepada polis

28 NOV : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi amaran tiada anggota tentera yang akan dilindungi jika terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah, termasuk mereka yang berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Beliau menegaskan Kementerian Pertahanan (MINDEF) tidak akan teragak-agak menyerahkan anggota terbabit kepada polis untuk tindakan undang-undang.

“Kita tidak teragak-agak menyerahkan sesiapa sahaja yang melakukan perkara sebegitu kepada polis walaupun mereka berhadapan hukuman mati, gantung atau penjara seumur hidup.

“Kita tidak kompromi dalam hal ini dan ini adalah amaran kepada semua anggota,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival CIMIC Johor 2026 di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, hari ini.

Mengulas perkembangan kes, Mohamed Khaled berkata lapan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setakat ini ditahan berhubung kegiatan penyeludupan dadah itu, membabitkan enam pegawai dan dua anggota lain-lain pangkat.

Daripada jumlah berkenaan, tiga sudah didakwa di mahkamah, manakala lima lagi masih dalam siasatan polis.

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai anggota ditahan bergantung kepada hasil siasatan pihak berkuasa.

“Saya berharap melalui kes ini ia dapat membersihkan ATM, terutamanya dalam kes ini membabitkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Kalau ada tangkapan, tidak mengapa. Kes ini kena disiasat sehingga semua yang terbabit dapat ditangkap, tidak kira siapa,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berharap polis turut menumpukan siasatan terhadap dalang sindiket yang dipercayai menggunakan anggota tentera bagi melancarkan kegiatan penyeludupan dadah.

Katanya, anggota yang ditahan dipercayai hanya menjadi alat kepada sindiket berkenaan dan perbuatan mereka tidak seharusnya menggambarkan keseluruhan warga TUDM.

“Saya tidak ada niat untuk mempertahankan sesiapa. Sebab itulah kita tangkap, serahkan kepada polis dan biar mereka siasat. Kita akan pergi sampai ke lubang cacing,” katanya.

Susulan kes itu, TUDM sudah menubuhkan jawatankuasa bagi meneliti semula semua prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

Mohamed Khaled berkata, MINDEF juga boleh menjalankan siasatan dalaman terhadap anggota yang tidak didakwa atau dilepaskan polis bagi menentukan sama ada mereka masih sesuai dikekalkan dalam perkhidmatan ATM.

Beliau menegaskan tindakan tegas perlu diambil kerana salah laku seumpama itu bukan sahaja mencemarkan imej pasukan keselamatan, malah boleh menjejaskan kepercayaan terhadap keupayaan negara mempertahankan kedaulatan dan keselamatan.

Semalam, tiga pegawai TUDM bersama tiga orang awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 96.2 kilogram di Pangkalan Udara Subang pada 17 November lalu.

Semalam seorang lagi pegawai TUDM yang bertugas di Subang ditahan polis di sekitar Selangor.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.