nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Indonesia bincang usaha tangani jerebu rentas sempadan

14 OKT : Jerebu yang berlarutan hampir dua bulan bukan sahaja menjejaskan kualiti udara, malah mengundang kebimbangan terhadap kesihatan penduduk di rantau ini, mendorong Malaysia dan Indonesia mencari jalan untuk menangani masalah itu secara bersama.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kedua-dua negara sudah memulakan perbincangan bagi meneroka bentuk kerjasama menangani kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera yang menjadi punca jerebu rentas sempadan.

Menurutnya, perbincangan awal itu membabitkan kementerian dan agensi berkaitan, termasuk Kementerian Luar (KLN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), bersama pihak berkuasa Indonesia.

“Ketua Setiausaha Kementerian Luar (Tan Sri Amran Mohamed Zin) sudah pun berbincang dengan MKN dan NADMA, serta pihak Indonesia untuk kita menangani secara bersama-sama isu kebakaran ini. Ini adalah perkembangan terbaharu.

“Itu terpulang kepada hasil perbincangan, tetapi perbincangan antara kedua pihak itu adalah untuk pertama kalinya. Pihak berkuasa Indonesia dan pihak berkuasa Malaysia sudah memulakan perbincangan cara mana untuk kita dapat berkerjasama menangani isu jerebu yang nampaknya makin lama makin teruk,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria (Grid Connected PV System) oleh Kementerian Kerja Raya kepada KLN dan tiga lagi premis kerajaan, hari ini.

Mohamad berkata, perbincangan itu menjadi langkah awal untuk kedua-dua negara mengenal pasti pendekatan bersama bagi menangani kebakaran hutan dan jerebu yang berlarutan sejak hampir dua bulan lalu.

Kesan jerebu itu kini turut dirasai di Malaysia dan Singapura.

Sehubungan itu, Malaysia turut merancang membawa isu jerebu rentas sempadan ke peringkat serantau bagi mencari penyelesaian yang lebih berkesan.

Isnin lalu, Mohamad dilaporkan berkata, Malaysia akan membangkitkan isu berkenaan pada mesyuarat peringkat Menteri Luar ASEAN sebelum Sidang Kemuncak ke-49 blok itu di Manila, Filipina, bulan depan.

Perbincangan itu dijangka memberi tumpuan kepada mekanisme serantau yang lebih berkesan bagi menangani masalah jerebu rentas sempadan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.