nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Krisis Asia Barat, cuaca panas antara punca bil elektrik naik

15 OKT: Kenaikan kos bahan api dunia susulan krisis di Asia Barat, ditambah cuaca panas berpanjangan menjadi antara faktor yang menyebabkan bil elektrik pengguna domestik di Semenanjung meningkat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, gangguan keselamatan di Selat Hormuz yang menjadi laluan penting tenaga dunia menyebabkan harga gas dan arang batu melonjak jauh melangkaui paras asas yang ditetapkan bagi tempoh kawal selia keempat (RP4) 2025 hingga 2027.

Menurutnya, kenaikan harga bahan api pada suku kedua dan ketiga 2026 meningkatkan kos penjanaan elektrik sekali gus mempengaruhi kadar surcaj Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) dalam bil pengguna.

“Sememangnya terdapat beberapa faktor yang mendorong peningkatan bil elektrik bagi sebahagian pengguna domestik di Semenanjung. Antaranya lonjakan harga bahan api di pasaran global akibat krisis geopolitik di Asia Barat.

“Lonjakan harga bahan api ini menyebabkan peningkatan kos penjanaan elektrik di Semenanjung dan diterjemahkan kepada kadar surcaj Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) dalam bil elektrik pengguna,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai faktor peningkatan mendadak bil elektrik isi rumah serta keselarasan keadaan itu dengan jaminan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, cuaca panas yang berpanjangan menyebabkan penggunaan peralatan elektrik berkapasiti tinggi khususnya penyaman udara meningkat dari segi kekerapan dan tempoh operasi.

Dalam masa sama, pengurangan penjanaan hidro akibat keadaan cuaca berkenaan serta henti tugas berjadual di loji janakuasa arang batu meningkatkan kebergantungan kepada gas asli cecair (LNG) yang diimport menyebabkan kos pembelian bahan api untuk menjana elektrik ketika krisis melebihi unjuran asal bagi tempoh RP4.

Bagaimanapun, Fadillah berkata kerajaan mengambil serius peningkatan bil elektrik yang ditanggung sesetengah pengguna domestik dan berusaha memastikan kenaikan kos berkenaan tidak dipindahkan sepenuhnya kepada rakyat.

Sehubungan itu, kerajaan pada 18 September lalu mengumumkan peluasan perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung, berkuat kuasa dari 1 September hingga 31 Disember 2026.

Menerusi langkah itu, pengguna yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan, bersamaan anggaran bil RM328 ke bawah, dikecualikan sepenuhnya daripada surcaj AFA, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta Caj Peruncitan.

Beliau menjangka, langkah berkenaan memberi manfaat kepada kira-kira 8 juta pengguna domestik atau 90 peratus daripada keseluruhan pengguna domestik di Semenanjung.

Katanya, perlindungan itu juga selaras dengan jaminan ST pada April lalu bahawa sekurang-kurangnya 85 peratus pengguna domestik akan terus dilindungi.

Selain itu, pengguna yang mencatatkan penggunaan elektrik di bawah 1,000 kWj sebulan turut layak menerima rebat menerusi skim insentif cekap tenaga yang diperkenalkan di bawah penstrukturan tarif baharu pada 1 Julai 2025.

Fadillah berkata skim berkenaan bertujuan menggalakkan penggunaan elektrik secara cekap tenaga dalam kalangan pengguna.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.