17 OKT : PAS menerima hakikat Barisan Nasional (BN) akan terus memimpin Melaka.
Perkara itu dimaklumkan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, semalam.
“Kita usaha untuk diteruskan dan untuk maklumat awal, kita terima hakikat Melaka dipimpin oleh Barisan Nasional…kita dalam kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perasmian Terengganu International Summit (TIS) 2026: Sempena 3 tahun memperingati Taufan Al-Aqsa pada Jumaat.
Mengulas soal persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Abdul Hadi berkata, sebahagian besar rundingan pembahagian kerusi dengan BN sudah selesai, namun senarai calon masih perlu mendapat kelulusan Majlis Syura Ulama sebelum diputuskan Pas Pusat.
“Sebahagian besar sudah selesai dibincangkan. Tinggal tunggu masa dan kita ada senarai calon-calon yang mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dan siapa yang bertanding akan ditentukan oleh Pas Pusat,” katanya.
Ketika ditanya berkait kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Abdul Hadi menegaskan sebarang ketetapan masih belum diputuskan setakat ini.
Abdul Hadi turut menegaskan PAS akan terus berusaha mengekalkan kerjasama politik dengan BN termasuk dalam menghadapi pilihan raya akan datang.