nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bakal calon PH DUN Klebang dakwa diusir, ini sebabnya

19 OKT : Tindakan membawa kenderaan yang memaparkan logo parti politik dan memperkenalkan diri sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka didakwa menjadi punca Farzana Hayani Mohd Nasir diminta meninggalkan satu program rasmi di Kampung Bukit Rambai, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Rambai, Surina Samsudin berkata, program Kampung Angkat MADANI itu sepatutnya berlangsung tanpa penglibatan mana-mana parti politik.

Menurutnya, perkara itu sudah dibincangkan lebih awal dengan pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi memastikan program berkenaan tidak dicampuri unsur politik.

“Apabila seorang hamba Allah ini dia datang dengan naik kereta Hilux dia, berlogo parti dan bergambarkan dia lalu di kawasan sekitar masjid, saya terkesan di situ sebab sebelum ni kita dah berbincang dengan pihak ICU yang mengatakan takkan ada mana-mana parti akan turut sama dalam program kita.

“Waima, parti Barisan Nasional, PKR atau mana-mana parti yang ada, kita takkan jemput,” katanya dalam video penjelasan mengenai insiden yang tular di media sosial.

Terdahulu, tular video pendek memaparkan beliau meminta Ketua AMK Tangga Batu yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang itu beredar dari kawasan masjid hingga mencetuskan perang mulut sementara video lain memaparkan seorang lelaki bertikam lidah dengan Surina dipercayai ahli keluarga Farzana.

Dalam pada itu, Surina menjelaskan beliau mengambil keputusan meminta Farzana beredar selepas melihat wanita itu tiba dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda yang memaparkan gambar dan logo parti politik.

Bagaimanapun, beliau mendakwa permintaan itu dibuat secara baik dan dengan nada suara rendah pada awalnya kerana tidak mahu timbul sebarang isu politik sepanjang program berlangsung.

Beliau menjelaskan, rakaman yang tular itu tidak memaparkan keseluruhan kejadian termasuk dakwaannya beliau dimarahi dan diperlekehkan bapa Farzana hingga menyebabkan suaranya meninggi.

“Saya tak nak ada isu politik dalam program ini, tak nak ada memperkenalkan diri sebagai orang politik ke apa. Selepas dia beredar tak sampai 10 minit macam tu, tiba-tiba bapa dia bersama dengan bapa saudaranya datang kecoh-kecoh di pintu pagar dan berjumpa dengan AJK merangkap SUJ DUN Klebang.

“Kenapa rakaman tu sekerat saja? Sebab masa bapa dia datang, bapa dia bodohkan saya, bangangkan saya, apa semua (tidak disiarkan).

“Tuan-tuan boleh tengok di situ, bapa dia marah-marah pada saya. Saya memang bentak-bentak, saya dah marah betul. Nada saya memang tinggi masa itu,” dakwanya.

Sementara itu, Farzana menerusi video penjelasan yang dimuat naik semalam berkata, beliau bersetuju masjid bukan tempat untuk berpolitik dan menegaskan kehadirannya adalah sebagai anak jati Bukit Rambai.

Dalam pada itu, Surina turut membangkitkan program terdahulu di Masjid Al-Faizin pada hari Jumaat yang didakwa menyaksikan Farzana mengedarkan pek makanan dengan memakai pakaian berlogo parti politik.

Beliau mempersoalkan tindakan itu susulan pendirian Farzana yang menurutnya tidak mahu unsur politik dibawa ke masjid.

Namun difahamkan, isu tersebut selesai selepas Farzana dihubungi Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Azman Abidin yang merasmikan program tersebut dan hadir ke program berkenaan.

Untuk rekod, program Kampung Angkat MADANI di Kampung Bukit Rambai merupakan inisiatif rasmi bagi meningkatkan kemudahan prasarana penduduk termasuk menangani isu banjir dan menambah baik pencahayaan awam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.