nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rakan sanggup beli tilapia RM100 seekor bantu Akmal bayar saman

22 OKT : Ada yang sanggup membayar sehingga RM100 untuk seekor ikan tilapia milik Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, bukan kerana mahu menikmati hasil ternakan itu, tetapi bagi membantu Ketua Pemuda UMNO berkenaan melunaskan bayaran saman RM300,000.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ketua Pemuda UMNO itu meluahkan rasa terharu terhadap sokongan rakan-rakannya yang menawarkan untuk membeli ikan tilapia ternakannya pada harga tersebut.

Lebih menyentuh hati, mereka yang mahu membeli ikan berkenaan tidak meminta ikan itu diserahkan kepada mereka, sebaliknya, mereka meminta Akmal menginfakkannya kepada golongan yang memerlukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama rakan-rakannya, penyandang DUN Merlimau itu merakamkan penghargaan atas keprihatinan mereka yang tampil membantu ketika dirinya berdepan kesulitan.

“Tidak mampu saya ucapkan satu persatu. Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga dari diri ini. Terima kasih sekali lagi,” katanya.

Sebelum itu, Akmal memaklumkan hasratnya untuk menjual motosikal kesayangan jenis Honda X-ADV dan ikan tilapia ternakannya bagi mengumpul wang untuk membayar ganti rugi serta kos mahkamah berjumlah RM300,000.

Bagaimanapun, selepas berkongsi maklumat akaun bagi membolehkan orang ramai membuat bayaran deposit untuk menyertai bidaan motosikalnya, beliau terkejut menerima wang sumbangan daripada orang ramai berjumlah RM45,102.18.

Akmal kemudian memadamkan maklumat akaun berkenaan dan meminta orang ramai berhenti memindahkan wang kepadanya kerana mahu berusaha menjual aset miliknya terlebih dahulu.

“Sehingga kenyataan ini dibuat saya dah menerima hampir dekat RM 45 102.18. Saya sangat-sangat berterima kasih, tetapi niat saya adalah untuk berusaha terlebih dahulu untuk menjual aset saya iaitu motor dan ikan saya terlebih dahulu.

“Saya sejujurnya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak untuk membantu saya kerana saya akan bertanggungjawab sepenuhnya maka insya-Allah saya akan tanggung sepenuhnya.

“Saya mohon untuk jangan masukkan lagi duit ke akaun saya agar saya tidak rasa bersalah dengan semua. Tidak mengapa saya tanggung, saya hanya perlukan doa dari anda semua sahaja,” katanya.

Pada 19 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Melaka memerintahkan Akmal membayar ganti rugi RM250,000 dan kos sebanyak RM50,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok selepas membenarkan saman fitnah yang difailkan pemimpin DAP itu.

Saman berkenaan difailkan pada 25 Oktober 2024 susulan kenyataan Akmal menerusi video di media sosial pada September tahun sama berkaitan isu pensijilan halal.

Mahkamah turut mengarahkan kenyataan berkenaan dipadam daripada akaun media sosial Akmal dalam tempoh tujuh hari serta melarangnya mengulangi kenyataan yang sama atau membawa maksud serupa.

Minggu lalu, Akmal menjual 450 ekor ikan tilapia belaannya itu dengan hasil jualan mencecah RM14,474 bagi membaik pulih rumah penduduk kampung.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.