nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tambang ECRL tidak jauh beza dengan bas – Wan Rosdy

22 OKT : Kadar tambang perjalanan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diumumkan baru-baru ini disifatkan berpatutan dan masih dalam kemampuan golongan berpendapatan rendah, termasuk kumpulan B40.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penetapan tambang menerusi mekanisme dinamik itu tidak jauh berbeza berbanding tambang bas.

“Saya rasakan ia berpatutan dan mampu ditanggung mereka yang berpendapatan rendah, golongan B40 pun saya fikir mampu kerana harganya tidak lari jauh sangat dengan tambang bas.

“Kalau dibandingkan dengan kapal terbang, lagi (mahal),” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Apresiasi sempena Tamat Kursus Pelatih Akademi Rel Pahang (ARP) Program PLKI-ECRL Sesi 2025/26 di Kompleks Yayasan Pahang, hari ini.

Mengulas tentang kemungkinan diskaun atau keistimewaan tambang khusus untuk anak Pahang, Wan Rosdy berkata, perkara itu perlu dibincangkan dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) berikutan ia di luar bidang kuasanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan negeri bersedia meneruskan pembiayaan latihan teknikal anak tempatan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran untuk operasi ECRL.

Usaha itu selari dengan cadangan kerajaan negeri untuk memperluas perkhidmatan berkenaan ke Rompin dan Lipis.

Menurutnya, kumpulan pertama membabitkan 47 pelatih yang menjalani latihan selama setahun di China sudah menamatkan pengajian dan dilantik bekerja oleh MRL.

Beliau berkata, program berkenaan dilaksanakan menerusi kerjasama kerajaan negeri, MRL, University College Yayasan Pahang (UCYP) dan Yayasan Pahang bagi memastikan tenaga kerja terlatih tersedia sebelum ECRL memulakan operasi.

Terdahulu, tambang ECRL bagi laluan Gombak-Kota Bharu diumum bermula RM125 sehala bagi perkhidmatan transit, manakala tambang ekspres bermula RM147 sementara tambang bagi laluan Gombak ke Kuala Terengganu bermula RM95 bagi transit dan RM110 bagi ekspres.

Bagi perjalanan ke KotaSAS pula ditawarkan pada kadar permulaan RM60 bagi transit dan RM68 bagi ekspres.

Selain itu, kerajaan turut meluluskan diskaun tambang sebanyak 50 peratus kepada kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun, warga emas warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas, pemegang kad orang kurang upaya (OKU) dan pesara kerajaan.

Pelajar berusia 13 hingga 24 tahun pula layak menikmati diskaun sebanyak 40 peratus.

Penjualan tiket rasmi ECRL dijadualkan bermula pada pertengahan November ini, manakala operasi komersial penumpang bagi laluan Gombak-Kota Bharu disasarkan bermula pada 12 Disember 2026.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.