nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Larangan Waze: PM minta maaf tapi keselamatan negara diutamakan

23 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf sekiranya larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze menyusahkan orang ramai, namun menegaskan keselamatan negara perlu diutamakan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira risiko keselamatan maklumat negara, meskipun penggunaan alternatif tempatan mungkin kurang berprestasi berbanding Waze.

“Walaupun saya tahu saya dikritik, dikecam kerana terburu-buru dan gopoh. Saya kata tak apalah kalau agak menyusahkan beberapa orang, saya minta maaf. Tetapi bagi saya, keselamatan negara lebih penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Mustaqim Taman Nirwana, Ampang, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata rakyat Malaysia boleh menggunakan aplikasi alternatif tempatan lain, selain Waze.

Beliau mengakui aplikasi TuJu yang dicadangkannya sebelum ini masih mempunyai kekurangan yang perlu diperbaiki pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

“Kemudian bila saya dapat pengakuan daripada Lembaga Lebuhraya, kata TuJu itu betul, rupanya tak lengkap.

“Jadi sekarang, menteri pun dah jelaskan di Parlimen, guna apa sahaja yang lain yang berpunca di Malaysia, walaupun tidak canggih tak apalah kita baiki.

“Lebih baik selamat daripada serahkan maklumat kerahsiaan negeri, peribadi saudara dan negara kepada Israel. Itu yang penting difahami,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang penjawat awam yang masih menggunakan Waze, Anwar bertegas, kerajaan tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan negara, khususnya membabitkan maklumat sulit kerajaan dan data peribadi.

Beliau berkata, perkara itu turut disemaknya dalam mesyuarat keselamatan siber baru-baru ini, termasuk penelitian terhadap perjanjian dan bidang kuasa undang-undang berkaitan Waze.

“…mana boleh penjawat awam nak kompromi (hanya) kerana beberapa kemudahan dalam (aplikasi) tempatan ini tidak begitu lengkap, maka kita serah maklumat kepada Israel. Itu yang menimbul keraguan saya.

“Jadi bila dapat maklumat ini, saya semak dalam mesyuarat keselamatan siber dua tiga hari yang lalu. Itu saya minta semak perjanjian, semak Waze mana pangkalannya. Jadi bila sah yang itu (Israel), tak bolehlah kompromilah kita soal keselamatan negara ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan Malaysia antara negara yang lantang menentang Israel, justeru aspek keselamatan perlu diberikan perhatian serius.

“Apalagi kita, kerana kita di antara negara yang keras menentang rejim zionis Israel yang kejam itu. Jadi tentulah tindakan kita itu dipantau.

“Saya percaya lepas ini semua pengaruh mereka akan digunakan untuk menentang kita,” katanya.

Pada 20 Oktober lalu, kerajaan memutuskan larangan penjawat awam menggunakan Waze susulan kebimbangan terhadap keselamatan data kerana aplikasi itu dikendalikan Waze Mobile Ltd yang tertakluk kepada undang-undang Israel.

Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin berkata, penjawat awam yang melanggar arahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.

*Foto : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.