nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

50,000 peluang kerja baharu, anak Melaka perlu kuasai TVET

5 NOV : Penguasaan kemahiran menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bakal membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada anak muda di Melaka susulan perancangan kerajaan negeri membangunkan tiga kawasan perindustrian strategik yang dijangka menjana lebih 50,000 pekerjaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berkata, peluang pekerjaan itu dijangka tertumpu kepada sektor pembuatan dan industri berkaitan, sekali gus meningkatkan keperluan tenaga kerja tempatan yang mempunyai kemahiran bersesuaian.

Menurutnya, sehingga 2024, Melaka merekodkan 408 pemain industri daripada 18 sektor utama yang berpotensi menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan TVET.

“Tidak terhenti di situ, kerajaan juga sedang merangka tiga lagi pembangunan di kawasan perindustrian strategik tinggi yang dijangka mampu menjana lebih 50,000 peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan dan industri berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Jelajah Pendidikan Tinggi dan TVET MARA Negeri Melaka 2026 Peringkat Masjid Tanah, hari ini.

Ab Rauf berkata, kerajaan negeri mahu Melaka muncul sebagai pusat pembangunan bakat negara dengan memperkukuh pendidikan tinggi dan TVET supaya lebih ramai anak tempatan dapat melanjutkan pengajian, menguasai kemahiran serta membina kerjaya mengikut kecenderungan masing-masing.

Katanya, ketika ini terdapat 61 institusi TVET dan universiti di Melaka yang menawarkan pelbagai bidang kemahiran termasuk automotif, pembuatan, elektrik dan elektronik.

Malah, kadar kebolehpasaran graduan TVET dan universiti di negeri itu berada antara 95 peratus hingga 98.8 peratus dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian, manakala Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merekodkan kadar bekerja graduan sebanyak 99.2 peratus pada 2025.

“Dalam dunia yang semakin dipacu oleh kecerdasan buatan dan automasi, kita mahu anak-anak Melaka menguasai ilmu dan kemahiran untuk mencipta pembaharuan dalam bidang masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri turut menyalurkan lebih RM196 juta bagi pembangunan sekolah, bantuan pendidikan dan pembangunan modal insan yang memberi manfaat kepada lebih 140,000 anak Melaka.

Sebanyak 28 program bersama institusi latihan, agensi kerajaan, pihak industri dan komuniti setempat turut dilaksanakan dengan manfaat kepada lebih 179,000 individu.

Antara inisiatif bersasar ialah program Basic Scaffolding yang menaja 30 peserta daripada golongan B40, selain kejayaan GIATMARA melahirkan tujuh usahawan Jutawan Permata Biru di peringkat nasional.

Ab Rauf berkata, kerajaan negeri mahu memastikan setiap anak muda mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan seterusnya membina kerjaya.

“Nak sambung belajar, kita ada laluannya! Nak bantuan pengajian, kita ada bantuannya! Nak asah kemahiran, kita ada latihannya! Nak bina kerjaya, kita usahakan peluangnya!” katanya.

Beliau turut berkongsi pengalamannya menamatkan pengajian Doktor Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada usia 65 tahun sebagai dorongan kepada anak muda supaya tidak menjadikan usia atau latar belakang sebagai penghalang untuk terus menuntut ilmu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.