10 OKT : Negara-negara Eropah membincangkan kaedah ‘inovatif’ bagi meningkatkan kadar penghantaran pulang pendatang tanpa izin (PATI) dan pemohon suaka yang ditolak.
Ini termasuk rancangan kontroversi mewujudkan pusat penghantaran khas di negara bukan anggota Kesatuan Eropah (EU).
Isu migrasi menjadi agenda utama dalam pertemuan menteri dalam negeri dari 27 negara anggota EU.
Topik utama yang bakal dibincangkan ialah kemungkinan pendekatan inovatif dalam pengurusan migrasi terutamanya konsep ‘pusat penghantaran pulang’ yang boleh memudahkan proses penghantaran, lapor Agensi.
Langkah itu muncul beberapa bulan selepas EU melaksanakan pembaharuan besar terhadap polisi suaka yang berkuat kuasa Jun 2026 di mana prosedur sempadan diperketat yang memerlukan negara untuk menerima pemohon suaka atau menyediakan bantuan kewangan dan sumber.
Namun, lebih separuh negara anggota EU menyifatkan langkah itu masih belum mencukupi.
Kurang 20 peratus daripada hampir 500,000 individu yang diperintah keluar dari EU tahun lalu berjaya dihantar pulang ke negara asal mereka, menurut data Eurostat dikeluarkan Pejabat Statistik EU.
Tiga negara asal PATI yang paling banyak menyeberangi sempadan EU secara tidak sah tahun ini ialah Syria, Mali dan Afghanistan.
Presiden Majlis EU, Viktor Orban menyeru agar diwujudkan pusat bagi memproses PATI yang masuk di luar sempadan blok berkenaan.