nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JAKIM perkenal sijil halal elektronik

8 MEI : Kerajaan Madani melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperkenalkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) secara elektronik (e-Cert) mulai 5 Mei lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata usaha itu selaras dengan agenda Pendigitalan Perkhidmatan Awam yang dihasratkan kerajaan.

Katanya, ia dapat menyumbang kepada peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

“Semua permohonan SPHM yang sudah diluluskan dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia peringkat JAKIM/ MAIN/ JAIN pada atau selepas 5 Mei 2025 akan diproses secara elektronik (e-Cert).

“Pemohon yang telah mendapat pengesahan kini boleh mencetak sendiri SPHM melalui sistem MYeHALAL,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mana-mana syarikat yang memerlukan sijil itu dalam bentuk fizikal perlu membuat permohonan melalui surat rasmi.

“Sekiranya pihak syarikat masih memerlukan SPHM dalam bentuk fizikal yang dicetak dan disahkan oleh JAKIM/MAIN/JAIN, permohonan rasmi hendaklah dikemukakan melalui surat rasmi.

“Segala urusan percetakan sijil secara fizikal dikategorikan sebagai Cetakan Semula SPHM dan akan dikenakan bayaran selaras dengan Klausa 13, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020,” katanya.

Menurutnya, JAKIM sentiasa komited dalam memastikan nilai daya cipta iaitu pembaharuan dan pengupayaan modal insan yang terkandung dalam teras Malaysia Madani dapat direalisasikan meliputi urusan pensijilan halal.

Katanya, komitmen itu dizahirkan melalui sokongan terhadap inisiatif digitalisasi selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini, sekali gus mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.