4 JUN : Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 di Semenanjung Malaysia sebanyak 3 sen kepada RM3.07 seliter mulai 5 Jun hingga 11 Jun 2025.
Menurut MoF, keputusan itu selaras dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut diturunkan sebanyak 3 sen kepada RM2.74 seliter bagi tempoh sama sementara harga runcit RON95 kekal RM2.05 seliter.
“Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada RM2.15 seliter,” menurut MoF dalam satu kenyataan.
Menurut MoF, penetapan harga runcit produk petroleum ini dibuat secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) dengan mengambil kira trend semasa pasaran minyak mentah dunia.
Kementerian itu berkata kerajaan akan terus mengambil langkah bersesuaian dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.