nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC heret Edisi Siasat, Edisi Khas ke mahkamah

19 JUN : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sah mengheret dua saluran Telegram dengan nama ‘Edisi Siasat’ dan ‘Edisi Khas’ ke mahkamah.

Komunikasi Korporat MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan kedua-dua saluran itu dikenal pasti  menyebarkan kandungan melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kedua-dua saluran ini dikenal pasti menyebarkan kandungan yang berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam negara serta menjejaskan ketenteraman masyarakat.

“Tindakan ini merupakan yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial, khususnya Telegram yang merupakan pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) [“ASP(C)”],” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut MCMC, tindakan itu diambil susulan kegagalan  serius Telegram dalam menangani kandungan yang berulangkali dilaporkan kepada pihak mereka meski pelbagai usaha rundingan dan kerjasama sudah dijalankan.

“Berikutan tahap pematuhan yang tidak memuaskan, MCMC telah memohon dan berjaya memperoleh perintah injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi sebagai langkah terakhir bagi menghentikan penyebaran kandungan memudaratkan tersebut serta menghalang penerbitan semula kandungan- kandungan seumpamanya.

“Tindakan ini diambil demi memastikan kedaulatan undang-undang ditegakkan dan kepentingan awam terus dilindungi,” katanya.

Namun menurut MCMC, Pihak Telegram akan diberikan ruang sewajarnya untuk mengemukakan pembelaan selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi.

“MCMC sebagai badan kawal selia ingin mengingatkan bahawa semua penyedia platform media sosial bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan di ruang digital masing-masing.

“MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama untuk platfform lain juga bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna terus terpelihara,” kata MCMC.

Dalam pada itu, MCMC berkata pihaknya kekal komited dalam memastikan ruang digital negara kekal selamat, beretika dan selari dengan undang-undang.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.