nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Serang polis perbuatan keji, mesti dikecam : PM

11 SEPT : Serangan hingga mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman hari ini disifatkan perbuatan keji dan mesti dikecam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar siasatan segera dijalankan dan mengheret pelaku ke muka pengadilan.

“Insiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam yakni Ketua Polis Daerah Dang Wangi oleh pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab adalah perbuatan keji dan mesti dikecam.

“Saya telah menggesa pihak berkuasa untuk segera menjalankan siasatan dan lekas memberkas dalang dan penyerang yang bertanggungjawab mencederakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Sulizmie cedera pada bahagian muka dipercayai dibaling batu ketika operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru.

Sulizmie menyuraikan orang ramai yang cuba memasuki kawasan berkenaan untuk melakukan protes membantah pemotongan bekalan elektrik.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan menghormati hak untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian di mana ia dibuktikan dengan konsisten melibatkan pelbagai himpunan sebelum ini.

Namun, prinsip kebebasan juga menuntut kita untuk bertanggungjawab dan mesti patuh tunduk pada hukum, adab dan undang-undang.

“Berhimpun secara aman mesti tidak harus disalahguna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat,” katanya.

Menurut Anwar lagi, keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat.

*FOTO : UTUSAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.