nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

META masih gagal banteras aktiviti jenayah dalam talian

22 SEPT : Penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial, Meta Platform Inc (Meta) masih gagal memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membanteras aktiviti jenayah siber.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu memberi kesan kepada usaha pihak berkuasa untuk melindungi rakyat daripada ancaman jenayah dalam talian yang semakin meningkat.

Menurut Fahmi, kegagalan META itu dibuktikan dengan angka statistik kes penipuan e-dagang di tiga platform Meta iaitu WhatsApp, Facebook dan Instagram mencatat kerugian lebih RM248 juta melibatkan 18,128 kes bagi tempoh 2023 hingga Ogos 2025.

Kata Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, setakat 19 September 2025, 168,774 permohonan penurunan kandungan dikemukakan kepada Meta bagi platform Facebook sahaja.

“Jumlah ini mewakili 59 peratus daripada keseluruhan permohonan penurunan kandungan di semua platform media sosial, menjadikan Facebook sebagai platform dengan aduan tertinggi.

“Daripada jumlah tersebut, 120,127 permohonan adalah berkaitan judi dalam talian, namun hanya 114,665 kandungan diturunkan.

“Manakala bagi aktiviti scam, daripada 37,722 permohonan penurunan yang dibuat, 36,918 diturunkan. Baki kandungan masih kekal berlegar di platform Facebook, sekali gus menimbulkan kebimbangan serius,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Meta di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), hari ini.

Namun kata Fahmi, Meta memberi jaminan akan mempertingkatkan usaha dan kerjasama bagi memastikan kandungan yang menyalahi undang-undang dapat ditangani dengan lebih efektif.

Mengulas soal pertemuan itu, Fahmi berkata ia memberi fokus kepada isu-isu kritikal membabitkan platform Meta, khususnya Facebook termasuklah aktiviti judi dalam talian, penipuan, penyebaran berita palsu, kandungan bersifat 3R (agama, kaum, institusi diraja) serta penjualan produk terlarang (cecair e-rokok mengandungi dadah).

“Meta dan semua platform media sosial lain telah diminta memperkenalkan mekanisme pengesahan umur dan identiti yang lebih berkesan (seperti penggunaan MyKad dan MyDigital ID) untuk menghalang kanak-kanak bawah umur daripada membuka akaun.

“Ini kerana sistem sedia ada didapati masih gagal menyekat pengguna bawah umur serta gagal melindungi mereka daripada kandungan tidak sesuai,” katanya.

Tegasnya, Kerajaan MADANI tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu keselamatan digital.

“Meta dan semua penyedia platform media sosial wajib mengambil tanggungjawab yang lebih besar bagi memastikan kandungan yang melanggar undang-undang negara segera diturunkan.

“Kementerian Komunikasi bersama agensi-agensi penguatkuasaan akan memperkukuh langkah pemantauan serta mempertimbangkan tindakan lanjut sekiranya tahap kerjasama tidak dipertingkatkan oleh Meta,” katanya.

*FOTO: FACEBOOK FAHMI FADZIL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.