nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pertahan, perkasa Parlimen demi kestabilan negara

24 SEPT : Institusi Parlimen perlu terus dipertahan dan diperkasa di semua negara yang menjunjung demokrasi termasuk Malaysia dan Timor-Leste.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan perkara itu ketika menyampaikan Ucapan Khas di Parlimen Nasional Timor-Leste sempena lawatan rasmi beliau ke negara itu.

Beliau menegaskan Parlimen adalah wadah tertinggi yang mewakili suara rakyat dan mendokong prinsip demokrasi.

“Justeru institusi ini perlu dipertahankan dan diperkasakan sebaik-baiknya, sama ada di Malaysia, di Timor-Leste mahupun di mana-mana negara yang menjunjung demokrasi.

“Demokrasi berasaskan kepercayaan rakyat dan daripada kepercayaan inilah lahirnya kestabilan sesebuah negara yang mengukuhkan peranan sebagai anggota penting dalam keluarga besar ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Dalam kenyataan sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia komited untuk terus menyokong Timor-Leste sebagai anggota penuh ASEAN.

“Dalam konteks ini, hubungan erat antara Malaysia dan Timor-Leste amatlah signifikan dan Malaysia komited untuk terus menyokong aspirasi Timor-Leste sebagai anggota penuh ASEAN, kerana keanggotaan ini bukan sahaja memperkukuh kesepaduan rantau, malah membuka ruang lebih luas untuk kerjasama ekonomi, perdagangan, pendidikan dan pembangunan teknologi.

“Seiring dengan cabaran geopolitik semasa, ASEAN memerlukan ketersalinghubungan yang lebih mantap serta penerokaan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan dan tenaga hijau sebagai pemacu masa depan yang lebih inklusif dan lestari untuk seluruh rantau,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.