nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pendedahan awal media sosial jejas emosi, identiti remaja

20 OKT : Dalam era digital kini, media sosial bukan sahaja menjadi medium komunikasi tetapi juga mempengaruhi cara kanak-kanak dan remaja belajar, bermain dan berinteraksi.

Justeru itu, pakar psikologi kanak-kanak, Dr Noor Aishah Rosli berkata pendedahan remaja berumur bawah 16 tahun kepada platform ini boleh menjejaskan perkembangan emosi dan pembentukan identiti diri kerana mereka masih dalam proses mengenal diri dan memahami dunia sekeliling.

Menurutnya, remaja pada usia ini masih belajar mengawal emosi, mengenali diri dan membina keyakinan melalui interaksi sebenar dalam kehidupan seharian dan bukannya melalui alam maya.

“Apabila terlalu banyak masa diluangkan di alam maya, mereka akan terdedah kepada perbandingan sosial yang tidak realistik yang boleh menyebabkan rasa cemas, rendah diri dan berasa diri tidak cukup sempurna.

“Remaja masa kini gemar mempamerkan kehidupan mereka di media sosial, justeru secara tidak langsung mereka kerap membandingkan diri dengan orang lain dan berasa diri kurang hebat,” katanya kepada BBCPORTAL.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan kerajaan bersetuju secara dasar untuk menaikkan had umur pengguna media sosial kepada 16 tahun.

Fahmi berkata semua platform media sosial di Malaysia bakal diwajibkan melaksanakan sistem pengesahan identiti pengguna atau electronic Know Your Customer (eKYC) bagi memastikan garis panduan komuniti dikuat kuasa dan melindungi golongan kanak-kanak.

Mengulas mengenai buli siber, Aishah berkata fenomena tersebut semakin membimbangkan apabila ia boleh berlaku 24 jam tanpa henti berbanding buli fizikal yang terhad kepada persekitaran sekolah.

Katanya, kesan daripada buli siber juga meninggalkan trauma jangka panjang termasuk kebimbangan sosial, kemurungan dan rasa malu yang menyebabkan mangsa memilih untuk mengasingkan diri daripada dunia luar.

“Berbeza dengan buli fizikal yang biasanya berlaku di sekolah, buli siber boleh berterusan 24 jam sehari dan lebih menakutkan kerana kesannya sukar dihapuskan…contohnya komen di media sosial yang hanya boleh dipadam oleh pengirim, bukan mangsa.

“Akibatnya, mangsa sering merasa tertekan, trauma dan malu untuk keluar rumah atau bergaul serta takut membuka telefon bimbit kerana bimbang terbaca maklumat tentang diri sendiri dan sukar untuk mempercayai orang lain,” katanya.

Sehubungan itu, Aishah berkata ibu bapa perlu memainkan peranan utama dalam mengawal pendedahan anak-anak terhadap gajet dan media sosial sejak awal dengan tidak memberikannya terlalu awal dan menetapkan had masa penggunaan yang konsisten supaya anak faham had yang ditetapkan.

“Ibu bapa sebaiknya menahan pemberian gajet pada usia awal anak supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada teknologi di samping memainkan peranan penting dalam mengawal dan membimbing penggunaan media digital mereka.

“Selain itu, ibu bapa dan penjaga juga perlu memantau dan menyokong aktiviti anak seperti bermain permainan dalam talian sambil membimbing mereka bersikap empati, mengelak meninggalkan komen negatif dan tidak terjerumus ke arah tingkah laku buruk di media sosial,” katanya.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.