9 NOV: Barisan Nasional (BN) Sabah hari ini mengumumkan senarai calon yang bakal menggalas amanah parti pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17, sebagai satu manifestasi komitmen BN untuk menawarkan barisan kepimpinan berwibawa, berkelayakan dan mencerminkan aspirasi rakyat.
Selaras dengan tekad membawa pembaharuan serta memperkukuhkan hala tuju pembangunan negeri, BN Sabah menampilkan dua calon doktor perubatan yang menjadi simbol kepakaran, integriti serta kemampuan profesional dalam memahami keperluan rakyat di lapangan.
Dr Shahnon Rizal Thaijuddin (N.12 Sulaman) dan Dr Elmiariezan Ardan (N.66 Apas)
Pemilihan dua tokoh perubatan ini adalah bukti bahawa BN Sabah serius menampilkan calon berkualiti dari segi intelektual, kepakaran profesional, empati rakyat, serta kemampuan untuk memacu agenda sosial dan ekonomi yang lebih kompeten dan berwibawa.
“Barisan calon yang diketengahkan hari ini diperkukuh dengan tahap pendidikan tinggi, pengalaman luas dan keupayaan mengemudi perubahan. Majoriti calon kita memiliki ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah, dan dua daripadanya adalah doktor perubatan. Ini membuktikan bahawa BN bukan sahaja menawarkan calon berpengalaman, tetapi juga berwibawa dari segi intelektual dan profesional.”
Saya ingin menegaskan bahawa BN Sabah membawa komitmen berterusan dalam memperjuangkan pembangunan negeri bermula daripada luar bandar, infrastruktur, peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan rakyat serta memperkasa pendidikan dan modal insan.
“InsyaAllah, calon-calun ini mencerminkan tawaran menyeluruh untuk memastikan Sabah bergerak ke hadapan dengan lebih teratur, makmur dan inklusif,” kata Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
SENARAI PENUH CALON BN SABAH
N.01 – N.09
- N.01 Banggi – Normalah Binti Rasik
- N.02 Bengkoka – Datuk Harun Durabi
- N.03 Pitas – Datuk Bolkiah Haji Ismail
- N.04 Tg Kapur – Kevin Lee Sip Kin
- N.08 Pintasan – Tadzul Bin Radim
- N.09 Tempasuk – Dato’ Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan
N.10 – N.31
- N.10 Usukan – Dato’ Seri Panglima Dr Mohd. Salleh Said Keruak
- N.12 Sulaman – Dr Shahnon Rizal Thaijuddin
- N.13 Pantai Dalit – Alfian Bin Sambas
- N.16 Karambunai – Datuk Yakubah Khan
- N.17 Darau – Arfandy Abdul Rahman
- N.24 Tg Keramat – Jeffery Noor Mohamed
- N.28 Kawang – Datuk Jamal Norubit @ Nerub
- N.29 Pantai Manis – Redzuan Ismail @ Gari
- N.30 Bongawan – Datuk Mohamad Bin Al-Amin
- N.31 Membakut – Tuan Haji Rusman Bin Dulamit
N.32 – N.73
- N.32 Klias – Tuan Haji Osin Bin Haji Jilon
- N.33 Kuala Penyu – Datuk Awang Aslee Bin Laka
- N.34 Lumadan – Datuk Mohd Nazri Abdullah
- N.36 Kundasang – Japirin Sahadi
- N.37 Karanaan – Nadzmin Kamin
- N.38 Paginatan – Datuk Haji Jemadi @ Junaidi Sahat
- N.41 Liawan – Datuk Nik Mohd Nadzri Bin Haji Nik Zawawi
- N.45 Sook – YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup
- N.46 Nabawan – Lajji Binti Ompongoh
- N.47 Telupid – Benedict Asmat
- N.48 Sugut – Mohammad Arifin Bin Pachuk
- N.50 Labuk – Yusuf Latif
- N.51 Sg Manila – Zaini Bin Tiksun
- N.52 Sg Sibuga – YB Datuk Suhaimi Hj Nasir
- N.53 Sekong – Mohd Zharif Aizat Bin Datuk Samsuddin
- N.58 Lamag – YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar Bin Radin
- N.59 Sukau – Datuk Jafry Ariffin
- N.60 Tungku – Puan Hajah Saleha Binti Wahid
- N.62 Silam – Sharif Musa Sharif Mabul
- N.63 Kunak – Dato’ Sri Anil Jeet Singh
- N.66 Bugaya – Abdul Manan Indanan
- N.67 Balung – Erwan Palateh
- N.68 Apas – Dr Elmiariezan Ardan
- N.71 Tg Batu – Haji Samsasuddin Yusop
- N.73 Sebatik – Aslan Fadli Bin Samsul Ali